create your own banner at !

Cintamu & Cintaku

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 29, 2011

Shopping at Jusco Equine

Oh malam minggu..biasalah bersoronok ckit..izzaty!! kamu ni asyik keluar je..macam mana duit tak habis..hurmm..itulah aku..nasihat sebegini selalu bermain di fikiran aku..tapi aku selalu tak endahkannya..tapi masalahnya sekarang aku keluar pon sebab bosan jugak.Sambil aku teman rumet aku raihan beli barang untuk adik-adik dia, so aku follow jela..selain itu bukan kami berdua je..tipah dan katy pon ikut sekali...so takde lah bosan sangat kan..aku follow jela..lagipon my incik mior tak ada..dia balik perak sebab kenduri.




mE & Queen Latifah~~haha

Masa ni aku tengah menuggu rumet aku raihan pilih baju untuk adik-adik dia.so bila dah penat sangat duduk-duduk jela..posing kan..kami jalan-jalan jugak tengok jam,kasut..dan macam-macam lagi.

cermin mata kami sama kn??




cantik kan warna bra ni??huhu..ni buka lucah ye..just tunjukkan betapa colourfulnya bju dalam kt jusco ni..cantik pon cantik kan...cuba teka tangan siapa yg pilih tu??hahaha ok la sampai sini sahaja...saje je nak menconteng ckit..daaa




Thank you for reading this entry !



 -------------------------------------------------


Wednesday, November 23, 2011

Lelaki Buaya

Hai....salam semua...hari ini aku nak bercerita sedikit mengenai insan yang bernama "LELAKI"..kenapa dengan lelaki ni??macam ni la...sebenarnya nak buka topik mengenai "Benarkah Lelaki suka memainkan perasaan wanita"??...aku tak tahu pon jawapannya..tapi jawapan kepada soalan aku ni ialah tak semua lelaki macam tu..

Sekarang aku nak bercerita mengenai satu kisah insan lelaki..aku paling tak suka lelaki yang suka memainkan perasaan wanita yg mempunyai perasaan dengannya..ha...macam mana tu??berbelit tak ayat aku?harap paham la..lelaki macam ni aku pernah jumpa..dia ramai kawan perempuan.dia nak test sorang-sorang kot agaknya..tapi tak baiklah macam tu sebab kalau tak suka perempuan tu tak payah la nak melebih-lebih..

Lagi satu lelaki macam ni dia suka berpura-pura nampak alim didepan kaum wanita..nanti jumpa kawan perempuan no 1 cakap lain,kawan no 2 cakap lain dan seterusnya sehingga lakonannya mencapai tahap yg memuaskan. Lepas tu dia akan cuba keluar dengan perempuan tersebut...masa tu lakonan pertama dia tau tak???perempuan lain pon dia akan buat macam tu jugak...bukan hensem pon mamat cmni..tapi bajet lebih..



Lagi satu yang jenis suka mengambil kesempatan..biaselah lelaki..dia nak kawan ramai-ramai perempuan..lepas tu nak test satu-satu kot dapat ke...ok la fine!!! kalau jenis yg nak test dlu ni aku tak berapa nak setuju la sebab if dia nak test perempuan tu kalau perempuan tu bagi sebab sayangkan dia ok..itu kira keterlanjuran..tapi aku tak salahkan perempuan tu sebab dia nak buktikan cinta dia pada lelaki tersebut.tapi pada masa yg sama perempuan tu bodoh juga.sebab sanggup gadaikan maruah diri dia.

Bila lelaki tu dah dapat patutkah lelaki tu tinggalkan dia sebab bagi dia perempuan jenis macam ni murah sangat???korang rasa?bagi aku tak patut  sebab lelaki tu pun murah juga.kenapa dia sanggup nak memuaskan nafsu dia dengan perempuan macam tu...aku rasa kan sebab lelaki macam ni banyak tabur kata-kata manis sebab tu la perempuan tu sangkut.


Semua perempuan  dia nak pegang....kepala hotak dia...kata dah ada awek..nak pegang-pegang perempuan lain buat ape..depan perempuan yg dia nk tackle control...eeeee.....aku memang  tak suka lelaki speisis macam ni..aku cakap ni sebab aku penah jumpa..memang gred A la.pelakon terbaik....ramai perempuan tak tahu perangai sebenar lelaki jenis macam ni sebab dia pandai berlakon.

Aku cuma mampu menasihatkan kaum hawa supaya berhati-hati dengan lelaki berperangai macam ni.aku beritahu ni pon sebab aku mendegar pengalaman dan cerita daripada rakan,dan dari pandangan mataku sendiri.kepada kaum lelaki kamu juga janganlah memainkan perasaan perempuan yg mencintaimu.kerana tuhan akan membalas setiap perbuatan kamu.

Nasihat ini bukan untuk wanita lain tetapi untuk diri aku juga.Hargailah orang yang menyanyangi diri kita dan kerana ia akan sentiasa mencintai kita.Bukan kita yang mencari dan menyanyangi  lelaki tersebut.Janganlah hipokrit dan menipu diri sendiri.


10 Tanda Lelaki Berstatus Bahaya :

1.Lelaki yang sering berkata “Abang memang sayangkan ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius.” Lelaki seperti ini berbahaya. Awas, lelaki seperti ini memang bahaya ia mungkin hanya ingin mempermainkan kamu dan kamu belum ada dalam kamus hidupnya.



2.Lelaki yang telefon atau SMS mengikut suka hati mereka sahaja.Apabila kamu perlukan dia, bayang pun tidak kelihatan.



3.Lelaki yang suka ajak ‘dating’ tapi bukan ‘dating’pun. Si dia mengajak kamu keluar kerana bosan dan tidak mempunyai kawan untuk berbual. Dia terlalu peramah dengan kamu sehinggakan kamu merasa diri kamu terlalu istimewa.



4.Lelaki yang sudah ada kekasih tetapi selalu telefon, sms dan berjumpa dengan kamu. Oh, ini lelaki yang paling bahaya!! Dan lelaki jenis ini memang ramai dan ada di mana-mana sahaja. Lelaki jenis ini apabila terkantoi dengan kekasih, mereka akan mengatakan kamu hanya kawan biasa sahaja. Tentu sakit hatikan! Lelaki jenis ini ternyata buaya tembaga yang tidak laku.



5.Lelaki yang sering berfikir semua perkara yang mereka lakukan betul. Aduh, pandangan kamu semuanya salah! Pandangan dan pendapat dia sahajalah yang betul. Mereka ini jenis pentingkan diri sendiri langsung tidak memikirkan perasaan orang lain, termasuklah perasaan kamu.


6.Lelaki yang sentisa ‘blur’ contohnya lelaki yang tidak faham kehendak wanita. Walaupun kamu sudah berterus-terasang tapi mereka hanya menganggap ia perkara remeh. Nampak sangat mereka tidak menjaga perasaan kamu.


7.Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri . Kalau mereka sendiri tidak faham kehendak hati mereka jangan harap mereka akan faham kehendak kamu.


8. Lelaki yang 24 jam hendak berkepit atau bersama kamu tanpa mengira keadaan. Jika tidak pun mereka akan sentiasa telefon, sms dan ingin berjumpa selalau. Awalanya mungkin kamu tidak kisah, namun lama-kelamaan pasti kamu akan rasa rimas dan lemas.


9.Lelaki yang suka mengutuk lelaki lain dengan harapan kamu tidak akan mendekati lelaki tersebut.Lelaki seperti ini kuat cemburu dan janganlah terkejut sekiranya lelaki ini tergolong dalan golongan lelaki yang mengada-ngada.


10.Lelaki yang tidak dapat memberi layanan yang baik dan betul kepada seorang wanita. Apa lagi yang kamu harap?? Buat seksa jiwa sahaja. Nampak sangat lelaki jenis ini sukar hendak membahagiakan kamu. Jadi carilah orang lain yang boleh membahagiakan kamu.




Thank you for reading this entry !




 -------------------------------------------------


Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Boleh!!

Tahniaah kepada skuad "Harimau Muda Malaysia"...cayalah korang semua...aku amat berbangga jd rakyat Malaysia.Berdebar-debar aku tgk bola td..rasa nak gugur je jantung aku...memang penunggu setia la...untuk bola kali ini...memang best sangat..tersenyum je aku malam ni tido walaupun aku tak tengok kat stadium.


Lagi satu bila aku tengok bola tadi aku tak puas hati dengan pengadil..sebab bila time indonesia tackle pemain malaysia takde pon nak kena kad kuning..malaysia ramai gila kot kena kad kuning..tak adil..tu dari pandangan mata aku la sebab aku tengok benda kecik je..bila pemain indonesia..urmhhh cam senang-senag je bagi lepas..korang rasa tak ape yang aku rasa???


Ha..lepas tu  pasal si Fakri pulak...dia banyak choi la...bola nak tamak je..lepas tu penalti tak masuk pulak...bagi bola slow gila..adik aku boleh tangkap...(ceh-ceh aku cakap boleh la)huhuh..sori la..sebab aku tengok dia punya permainan. kahirul fahmi che mat memang terbaik...oh apex ku sayang..walaupun dia ada kontroversi pasal minum arak....biarla...hal dia. Yang penting dia dapat menjaga gol dengan baik dan dapat tumpaskan 2 gol....aha..suka-suka...



















Aku dengan budak-budak dalam bilik tv melompat-lompat dan menjerit masa gol dan masa pengakhiran gol penalti td...macam sedih pun ada.yela nervous. risau sangat gol akhir..nasib baik terlepas bola tu...dan gol juga akhirnya...kenapa la si fakri tu tak dapat jaringkan gol..kalau tak mesti 5gol kan...dia tu memey la....




Tengok logo tu..cara kan...harimau dapat membaham garuda akhirnya...kepada team Malaysia aku ucapkan tahniaah sangat-sangat kerana dapat pingat emas..dan mengharumkan nama Malaysia. Kepada pasukan Garuda indonesia mereka juga bermain dengan baik..kalah menang adat pertandingan boleh cuba lagi.Terima kasih juga kepada penyokong malaysia kerana memberi semangat kepada pasukan harimau muda...(ceh-ceh macam aku ni pemain bola sepak pulak) hahaha...anyway Gud Luck awuuummmmmmmm~~~~



Thank you for reading this entry !





 -------------------------------------------------


Sunday, November 20, 2011

Ampang Point,KLCC kami Berjalan~~


Hai......erm...hari ni hari minggu kan..semalam pon hari minggu...sepatutnya pagi ni aku ada orentering untuk permatani...nak masuk agri race tapi tak jadi..sebab semalam aku pergi berjalan dengan my incik mior~~~dan kawan-kawanya....aku bergerak dari upm pukul 2...so kami terus ke Shah alam pergi ambil member incik mior "syauqi"...baru aku kenal si syauqi tu macam mana.kelakar jugak ye orangnya...lepas mabil member syauqi iaitu "ilya" kami terus ke ampang point kononnya nak makan makanan ape ntah..aku pon tak ingat, tapi yang penting nama kat belakang dia ada kuzi..macam tu la...last-last lepak kt kedai makan nasi ayam dan tengok bola Myanmar vs Malaysia..nasib baik menang furh~~



Pic ni masa kami dah smpai ke KLCC...masa ni kasut aku tercabut la..my incik mior snap je my pic..uhuh..lepas tu berjalan lagi lepak makan ice-cream & fudge..sedap aiskrimnya..tp sayangnya my teeth ni sangat sakit dan rasa ngilu bila makan benda sejuk. yela baru lepas tampal.


incik mior & syauqi



Ini lah si syauqi kawan my incik mior..dia memang sporting dan kelakar...tapi aku macam malu-malu lagi jumpa diorang..so aku slow-slow jela dulu....lek-lek lu...huhuhu..nanti salah masuk buat malu je...


incik mior,syauqi &ilya

Masa ni kol 1.30 pagi macam tu la..kami singgah KFC makan..lapar kot...makan kol 4 petang td je..tu pon tak kenyang sangat..

Tau tak sebab pe gambar aku tak de???korang tau..aku rasa muka aku paling huduh malam tu..dengan tudung aku tak jadi..muka aku berminyak dan kulit kering..aku tak bawa bedak langsung...yela..aku tak makeup pon masa nak keluar semalam.incik mior pesan tak bagi makeup tebal-tebal sebab 1st time nak jumpa kawan dia...memang aku pon lurus just pakai bedak je..amek ko sampai kol 2.30pg aku balik...memang balik tu aku basuh muka aku segar ckit...lagi satu memang takde gmbar aku pon sebab aku je yang ambilkan gambar diorg...pape pon best dapat berkenalan dengan Syauqi dan Ilya...




 Thank you for reading this entry !





 -------------------------------------------------

Saturday, November 19, 2011

Hepatisis B

senget ckit...

Kenapa hari ni tiba-tiba aku nak bercerita pasal Hepatisis B???ok ini adalah satu informasi ye...jom dengar cerita aku jap...ok aku ambil suntikan ni sebab nak mengelakkan kanser hati...@keradangan hati macam tu la..dia disebabkan jangkitan virus..2minggu lepas aku buat ujian darah utk screening hepatisis B ni...resultnya aku mmg konferm kena ambil 3 dos..minggu ni adalah untuk dos pertama...tengahari tadi lepas kelas terus aku pg pusat kesihatan ambil dos 1..Rm23 1 doa..murah kan???yela kalau harga kt klinik luar mahal...dos kedua seterusnya bula depan..16 dis..nantikan ye..Izzaty..hahah..nasib baik tak sakit sangat kena injection tu..



Sebab apa kita kena ambil vaksin Hepatisis B ni :

  • Untuk mengelakkan keradangan dan kerosakan hati
  • kalau kronik, hati boleh membentuk sirosis atau kanser yg boleh membawa maut
  • Untuk sembuh ia mengambil masa berbulan-bulan@bertahun-tahun
Seeloknya  lebih baik kita mengambil vaksin ini sekurang-kurangnya ia boleh mencegah dan melindungi anda daripada Hepatisis A & B...Ia juga boleh mengurangkan kejadian kanser hati dan kematian berpunca dari kanser hati.."Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan untuk hati anda"...betul kan...selebihnya korang baca lebih lanjut dia punya simptom jangkitan.siapa yg berisiko tinggi dll dekat gambar 2...kalau aku bercerita ni panjang sgt..hehehe (sebenarnya malas nak menaip)

Sesiapa yg belum ambil vaksin ni silalah ambil...tak rugi pun...kalau untuk student UPM selagi anda bergelar student UPM gunakan hak anda untuk mendapatkan rawatan yg lebih murah dan berpatutan di  Pusat Kesihatan UPM...sebab masa kita student ni jela boleh dapat harga murah..staff UPM pon dapat harga mahal..banyak beza tu..so bila ada promosi tentang vaksin cth Hepatisis A, Hepatisis B,Kanser servik dll ambillah peluang untuk mendapatkan vaksin tersebut sekiranya ada yg belum ambil..sekarang Pusat kesihatan bg harga murah je kan...kanser servik rm145 je..bagi aku murah la tu berbanding harga klinik kt luar dalam rm 400-500 3dos...murah kan????

Tadi aku pergi tampal 2gigi rm12..murah kan???kalau cuci rm4..ok la tu...nak berbanding harga staf UPM if kita nak tamapal rm 18 kot 1 gigi..nampak tak perbezaan dia...sebab itulah kita kena gunakan sebaik-baiknya kuasa kita sebagai seorang student UPM..hahahah...ok la..daaaaa cerita tak kan habis....



Thank you for reading this entry !




 -------------------------------------------------

Wednesday, November 16, 2011

Template Problem

Hurm....hari ini aku nak bercerita pasal aku punya template blog aku...kalau korang perasan aku punya kotak komen dan width aku tak ade dan tak boleh adjust..ha...tau tak pasal ape???semalam aku tanya wong dia kata template aku probleme...bila aku chek dan tengok balik memang sah dan konferm!!!...hurm....aku ni kalau nak tukar template nanti sayang la..habis berubah semua aku punya background, colour.... semua berubah...tak pelah buat masa sekarang aku tak nak tukar lagi..sebab takda masa...nak buat benda-benda macam ni kena perlukan masa ckit..mestilah kalu nak buat blog kita bagi puas hati kan dan cantik...ok la nak out dh...ada keje....dahh...saje nak conteng-conteng ckit...


Thank you for reading this entry !



 -------------------------------------------------

Tuesday, November 15, 2011

Sama tp tak serupa

Hari ni nak cerita pasal muka aku la....bila korg tengok betul-betul muka aku ni ada iras ke muka "Liyana Jasmay"???hmmm...aku pon dh pelik dah..sbb masuk hari ni brp org dh ckp muka aku tgk dri side tepi mcm "LJ"..yg penting lebih dari 5 org ckp cmtu ek...huuhu...bajet je..tp aku xdela nak perasan k!!! aku tak minat pon si 'LJ' tu....ada kawan rumet aku ckp bibir aku la sama mcm "LJ" tu ha...seksi kot??hahaha...aku nk kata malu xdela sgt sbb aku mls nk perasan2 tak bertempat nih..ngeeee...tp betul lah...kalau dh org nak ckp macam tu nk wt cmne...mgkin ada kot persamaan tp bg aku xserupa lah...TQ ya...aku lebih suka jd diri sendiri dan bersyukur dengan setiap kejadian yg tuhan ciptakan untuk diriku ini...=)






** Aha...kalau korg tgk pic ni???sama ke.???tak kan...aku pon pelik....hm....sori ye kawan2..aku takdelah nak bajet ye..just ni pandangan aku mengenai mereka yg bercakap mengenai aku dgn "LJ" takde perasaan & perasan cantik pon.... dia mempunyai kecantikannya tersendiri dan aku mempunyai keunikannya sendiri (eleh puji diri sendiri..hu) menjadi diri sendiri adalah terbaik!!








Thank you for reading this entry !



 -------------------------------------------------

Sunday, November 13, 2011

Who Says????

who says i cant be independent????
who says???
i live with a good life right now without any inconvenience anyone..
alhamdullilah..my life getting better than before..
thanx to you allah..i always believe in you..
aku rasa aku bersemangat mengharungi hari - hari yang mendatang..
biarpun dulu diriku agk lemah tpi dengan apa yang aku ada sekarang ni..pemberi semangt kepada ku..especially...my family...Mior ..thanx to them..
i pray for u..
only for u...
biarpun aku merasakan keutuhan itu telah hilang..
tidak mengapa..aku biarkan ia berlalu..walaupun i feel my heart sangt sakit..
ya allah..
aku mohon kau jadikan aku seorang yang kuat dan tabah..jadikan sebagai hambamu yang baik,kdan kuatkan imanku..yang berani menghadapi cabaran dan risiko..
menjalani hidup ini dengan lebih kental mengikut jalan - jalanmu..
apa pun aku lakukan mestilah dengan niat..yang betul
aku belajar dengan niat untuk berjaya..supaya suatu masa nanti aku dpt membalas jasa - jasa ayh dan ibuku..
itu yg penting..ak ingin merubah nasib hidupku ini..ak ingin berubah..aku xnak org tgk ak dgn sinis.ak ingin org memandang ak dengan penuh erti dan kebanggaan..
Lelaki???aku tidak akan mencari cinta dlm masa terdekat ini..target aku skarg hanya untuk berkwan..tidak akan memberi harapan kepada sesiapa..
kerana bila kita mencintai seseorg..
ia hanya mengambil kesempatan
dan buka atas dasar cinta yang tulus ikhlas dari hati..
bila itu terjadi nafsu datang menguasai diri..
itu tidak akan berlaku dlm hidupku.. mereka adalah racun bg aku...
jd perlulah ak muhasabahkan diri ini...
cukupla sekadar senyum dan sapaan yg baik...
kehidupan aku di UPm ok with my friends..and people..
cuma sekarang Final year projek dh start jd risau ckit..dan ak akan cuba atasi maslah aku itu dengan membuat dengan baik projek ak 2 supaya mendapat gred yg baik..amin
tanamkan dlm diri aku supaya aku dpt menjadi insan yang berguna satu masa nanti
aku berharap agar aku dpat bergraduat dengan pointer yg bgus
even aku xyakin dengan diri aku buat masa ini..
tapi aku yakin dengan usaha doa dan tawakal aku kepadamu..
aku yakin itu..
jika sekarang kegagalan yang muncul dlm hidupku..tidak semestinya aku akan sentiasa gagal..
yang pnting aku berusaha..
pasti aku berjaya..
dan yg seterusnya aku hanya berserah padamu..
insyaallah...
aku berharap tahun ini aku akan jadi insan yang lebih baik dari sebelumya..
sebelum2 ini...ak ingin tanamkan sifat mahmudah dan buangkan sifat mazmumah dlm diriku ini..
dan akan datang...
aku harus ingt...
keutamaan aku sekarang adalah bersujud kepadamu..dan membaca mukjizatmu yang teragung yang engkau telah turunkan kepada nabi kita muhammad s.a.w..
bukala hidayah untukku....
amin...




Thank you for reading this entry !



 -------------------------------------------------

Wednesday, November 9, 2011

Bersabar Wahai sayang



Hari ini aku dikejutkan berita yg tidak kusangkakan....bertahun aku menyemai perasaan aku ini..ku pupuk supaya tidak menjadi layu..supaya ia sentiasa kembang setiap hari. Akhirnya aku mengetahui semuanya tentang dirinya...perasaan ku tidak terkata..wajahku terus berubah...aku tidak mampu berkata-kata...hanya perasaan sedih dalam hatiku membasahi diriku ini...aku redha dengan ketentuanmu ya allah...jika dia bkn milikku..aku pasrah...mungkin kesilapanku ini mengajar aku lebih berhati-hati dengan kehidupanku didunia ini...aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dirinya...kepada yg merosakkan yg hubunganku ini..terima kasih diatas segala.nya .hanya tuhan yg mampu membalas segalanya.kpd kamu..aku tidak akan berpatah balik       dengan keputusan yg aku buat...cukup sampai disini saja kisah antara aku dengan dia...aku akan memulakan kehidupanku yg baru...dengan penuh kekuatan dan ketabahan..kebahagiaan aku hanyalah dari pandangan matamu shj...aku bersyukur dengan petunjuk yg kau berikan ya allah...keluarga adalah segala-galanya bagi aku..aku harus kuat...aku akan terus hidup diatas muka bumi ini dengan izinmu ya allah....amin~~~~~


Monday, November 7, 2011

Chomell Fana

Lirik Lagu Best Friend Forever (BFF)

Hey gadis jangan berduka
Kerana kita saling ada

Bersama BFF ku melayan hati dayuh
OMG gembira melupakan duka
Bersama BFF ku baru rasa tersembuh
LOL gembira perasaan terhibur
LOL gembira dengan BFF ku

Kelmarin timbul lagi konflik teman lelaki
Yang langsung tak sensitif perasaan wanita
Murung melayan duka kuyup berairmata
Di waktu hiba ini barulah terpanggil

Bersama BFF ku melayan hati dayuh
OMG gembira melupakan duka
Bersama BFF ku baru rasa tersembuh
LOL gembira perasaan terhibur

LOL gembira dengan BFF ku
Selalu sungguh cinta menghampakan sahaja
Mungkinkah lebih baik tak usah berteman
Hanya seorang dewi memahami dewi lain
Setia andainya hati kembali terluka

Oh! Dia teman baik ku

Baru rasa tenteram pacar kembali datang
Mengajak temujanji keluar malam nanti
Ku jawab lebih selesa menetap di rumah saja
Tapi dia tak tahu ku sudah mengatur



** Tak sangka si chomell fana ni  akan jd penyanyi kan...dia juga merupakan pelakon hotel mania...dan stanza cinta yg jadi perempuan tomboy tu....macam mn dia boleh menyanyi lagu BFF ni???aha...edry kru yg ciptakan khas utk dia..mgkin suara dia yg serak-serak basah..lgpon dia mmg artis dari KRU studiou pon...hmm untungla sape yg jd artis dibawah KRU...dapat lagu baru..ni adalah single terbaru chomell...try layan lagu ni..best kot...aku pon tak layan lg nih..heheh macam tertarik pulak sebab tajuk dia BFF.....layan~~~~





Thank you for reading this entry !



 -------------------------------------------------

Friday, November 4, 2011

Sahabat & 3 Idiot

Assalamualaikum untuk memulakan kata pembuka....hari ni aku nak cerita pasal sahabat~~~cakap pasal sahabat ni ada macam-macam org kan? pasal BFF ke?..tak suka ayat BFF jika tidak menggunakannya dengan baik...apa kaitanya sahabat dengan movie 3 idiot?sesiapa yang dh tengok mesti tahu kan....cerita ni memang best sangat-sangat..aku berapa kali ulang tayang kot...byk pengajaran dalam cerita 3 idiots ni..


Rancho lakonan (amer khan) memang best...dia memang seorang sahabat yang paling baik dan sanggup buat apa saja untuk kawan-kawan dia..kawan2 dia yg lg dua org tu pon sama Rancho ni seorang yg bijak dan pandai... paling best bila aku tgk cerita ini adalah byk nilai-nilai murni @ good value lor...dan yg kedua adalah pasal relantionship diorg sebagai sahabat. yg baik.kalu dapat kawan mcm Rancho ni kan best...kalau nak dibandingkan dengan dunia realiti hidup aku sekarang...ummhh. Boleh tak nak dapat kawan cm movie 3 idiots ni??cakap pasal kawan baik ni realiti hidup aku ni  tak seindah biasa..suka sama-sama..susah sendiri-sendiri..ok tak?ok ke tak???sendiri jawab ek...


Apa beza sahabat dan kawan pula??? Kawan adalah teman kita... maybe teman biase-biase je... atau teman yang takde la rapat sangat... Tapi sahabat.... adalah person yang begitu rapat dengan kita... berkongsi cerita peribadi dan juga tempat meminta pandangan dan tempat meluahkan sesuatu yang tak dapat diluah pada orang yang lain...
Saya banyak kawan "When Need"...apakah itu???sahabat macam ni rapat dengan kita bila perlu sahaja..supaya diberikan pertolongan kepada nya jika perlu..perlu ke???tak payah la tolong pasni...tapi jangan mengungkit..janji kita lakukan dengan ikhlas segala pertolongan yang kita berikan...cuma lepas ni kena lebih berhati-hati KERANA sahabat macam ni bukan sahabat ketawa dan menangis pon....tengok pic kucing tu bahagia je...(kat luar je )hahah

Now continue about "Friends Happy time" ..happy time pulok....betol ke tak aku nih...hahaha...yg ni pulak katogeri ape ek...cuba fikir sejenak....selalu berada disisi kita kadang-kadang dh macam belangkas...memang kamcing gila la la tok~~~pergi mana-mana bajet nak sekali je..lagi-lagi time kita ni berduit kan pulak...enjoy la sangat...kadang-kadang bodeknya kuat la jugak hampeh~~~TETAPI  kawan-kawan jenis macam ni kena hati-hati sedikit sbb nanti didalam kita kesusahan@ kesempitan macam-macam alasan yg dia bagi...ni namanya kawan time enjoy je tau tak????menyusahkan

Kawan "Low Profile" pulak..... macam mana tu...waktu senang dia sentiasa bersama dengan kita..takdelah selalu nak membodek macam "Happy Time" tu...sebenarnya kalau kawan yg jujur berkawan dengan kita dia selalu tegur salah dan silap kita...bukan asyik nak bodek je walaupun kita buat salah...ini lah kawan sejati... kawan yang sanggup bersama kita susah dan senang.... Kadang-kadang kawan macam ni kita sendiri yang abaikan... Waktu senang tak ingat pun kat kawan tu.... tapi bila time susah... umhh..masa nak mula la nak buat-buat teringat kat kawan ni... kawan ni jugaklah yg akan sentiasa bersama dengan kita..

Dalam hidup ni macam-macam kawan yg kita akan jumpa....dan masa itulah kita buat pemilihan antara kawan ataupun haluan~~yela kawan membodek ni ramai cakap nak manis je...cair la kan sekejap...tetapi kawan yg cakap kebaikan dan kebenaran ni kita abaikan..yela setengah org kadang-kadang pahit untuk menerima kenyataan...btol kan..aku sendiri pon kadang-kadang..tp kalau benda yang baik kita memang patut ambil tahu ok!! otak kan ada untuk berfikir..gunakanlah kebijaksanaan anda untuk menilai siapa yg ikhlas berkawan  dengan kita dan siapa yg sesuai dapat 3 katogeri diatas ..hahah
  
Aku ada jugak kawan yang begitu memahami dan sanggup berusaha sedaya upaya untuk membantu saya di kala saya susah ( Insyaallah ada )...jadi hati-hatilah pilih kawan ni..."Sesungguhnya kawan yang sejati dan baik akhlaknya akan mendorong kita ke arah kebaikan... dan kawan yang rosak dan buruk akhlaknya akan mendorong kita ke arah kejahatan..." (bukan kata-kata aku nih,) tetapi manusia biasanya akan memberikan kata-kata  sebegini untuk pandangan masyarakat...



Jangan terlalu ego untuk mengakui betapa sebenarnya kawan kita mempengaruhi akhlak dan peribadi kita.. Sebab sering kita dengar ayat-ayat... :
  1. "Aku berkawan je dengan dia... takde ikut perangai dia tu"... atau ayat-ayat  macam ni 
  2. "Aku pandai jaga diri aku... dah ramai kawan aku... takde pun aku terpengaruh dengan perangai diorang tu".... 
Sebenarnya itu adalah kata-kata seorang yang mempunyai ego yang tinggi... Tak payah  nak menangkan ego kita tu... Takde dapat ape pun...(tapi betul gak..aku pon kadang-kadang cm ego jgk uh). Jadi inilah hakikat dan lumrah dunia.yang kita tempuhi..aku harus bersabar dari semua aspek,sudut,segi..haaaa semua keluar.

Ok sampai disini sahaja....bingkisanku kali ini...(^_^) ini adalah dari pandangan mataku....dan survey aku terhadap realiti kehidupanku....aku hanyalah insan kerdil yang lemah tidak lari dari melakukan kesilapan.....wassalam..wlalalala~~~~~~




Thank you for reading this entry !

 -------------------------------------------------

Tuesday, November 1, 2011

Janji Kekasih

Mencari-cari ku mencari
Cari cinta yang hilang
Bermimpi-mimpi ku bermimpi
Mimpi engkau datang
Menangis-nangis ku menangis
Nangis oh kerana mu
Merintih-rintih ku merintih
Rintihan kesedihan
Kau teramat ku kasihi

Hanyalah kau kekasih ku
Tiada duanya
Aku sayang kepada mu
Sepenuh jiwaku
Kasihnya ku terhadapmu seharum kasturi
Tidak pernah aku curang
Kepadamu percayalah sayang ku
Aku cinta kepada mu
Engkaulah kekasihku

Sungguh aku rindu
Rindu belaian mu
Diri kehausan cebisan kasih mu
Penawar resah ku
Sungguh aku pilu pilu keranamu
Pergi tanpa kata tersiksa batin ku
Sunggu aku sendu sendunya hati ku
Tapi aku mahu bersama dengan mu
Untuk selamanya

Sungguh aku rindu
Rindu kepada mu
Menjelmalah kasih merawat diri ku
Yang terluka dan sengsara
Merayu-rayu ku merayu
Rayu sesungguh hati
Menunggu tunggu ku menunggu
Engkau pasti kembali
Kasihanilah diri ku



** Bila dengar lirik ni ermm..sedih pulak..teringat kt dia....lagu ni biase je  tp lirik dia sangat best dan bermakna~~



Thank you for reading this entry !

 
 
 -------------------------------------------------