create your own banner at !

Cintamu & Cintaku

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 4, 2012

Teater Gerimis Megundang di Istana Budaya

Hai...selamat pagi semua..adakah pembaca blog semua sihat-sihat??kalau sihat aljamdullilah..tak macam saya asyik pening kepala je sejak akhir-akhir ni.Semalam pulak sakit perut..Alhamdullilah hari ni berkurangan sakit..boleh dtg praktikal..

Ni nak bercerita sedikit pasal semalam aku pg tengok teater Gerimis megundang kt IB.Benda ni dh plan lama cuma asyik tertangguh je.Akhirnya semalam aku pergi juga dengan raihan dan bf dia.kitaorg gerak dalam jam 7 ptg..nak dekat magrib sebab raihan lewat.Sampai je pintu masuk IB kami terus beli tiket dan solat sebelum teater bermula 8.30malam.

Then lepas habis solat semua kami pon masuk dalam dewan dengan diiringi staf-staf di IB..terkejut aku datang-datang je duduk seat depan sekali barisan kedua.memang betul-betul depan pentas, sebab kami beli tiket paling murah sekali guna student price pulak tu huhu.duduk bahagian atas. bagi aku duduk atas la best, thats wyh la kami ambil seat atas..takdelah mendongak sangat tengok..Staf IB buat macam tu sebab dia nak penuhkan dewan bahagian bawah dahulu sebab tak ramai orang sangat macam teater cuci musical dulu.

Dalam 8.50 juga la start persembahan teater tersebut..Aku memang excited giler sebab aku nak tengok pelakon indonesia dalam drama Nada Cinta iaitu Mikha Tambayong..1st time tengok dia kelur pentas rasa cm nak menjerit panggil nama dia..huhu..Kamal adli pon ensem..lakonan diorg best la.Tak rugi pon aku tengok teater tu semalam.

Raihan dan bf dia



Ni pic kami sebelum masuk ke dalam dewan..posing dulu dengan patung-patung yg tak bernyawa..haha


Barisan-barisan yg menjayakan teater


Kamal Adli & mIkha

MikHa




Teater ni menarik juga sebab dia mengisahkan tentang percintaan antara dua buah negara. Ending dia agak sedih la. Kalau nak tahu boleh tgk teater ni kt IB, sebab dia punya teater sampai ahad minggu ni. Ada menyelitkan cinta,lawak,perselisihan paham dan lain-lain..Tambah-tambah lagi aku duduk depan sekali memeang nampak betul-betul muka pelakon.Teater Gerimis mengundang ni akan difilemkan pada bulam Mei 2012 ni..kalau mikha yang berlakon aku confirm nak tengok filem ni.


 






Gambar posing sebelum nak balik..teater ni habis dalam jam 11.30 malam.aku pon tak berapa nak ingat..aku takde pon ambil pic dengan diorang sebab yg dapat ambil pic dengan diorang tu yg beli buku rm15..aku tak beli pon..dapat tengok live pon dah cukup..keluar dari IB tu aku jumpa LJ(Liyana Jasmay) dengam mak dia kot..tak pasti la.aku tak berapa nampak sangat malam-malam nih.Tinggi gila dia..mana taknya pakai kasut berapa inci..tapi tak sempat nak bergambar sebab dh terlepas..masa tu takde org pon sebab kami jump depan pintu luar IB.Ape pun teater semalam sangat menarik dan best!!




Thank for reading this entry

----------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Jom cakap-cakap sikit box cik Izzaty ~~(^_^)