create your own banner at !

Cintamu & Cintaku

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 20, 2012

Cukup-cukup Sudah

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

Friday, April 13, 2012

Perasaan...

Ok fine...Sekarang aku dah takde perasaan apa-apa dan susah aku nak melupakan perkara tersebut..banyak kemusykilan yang tersembunyi dan tertanya-tanya yang bermain difikiranku. Mungkin Kesalahan aku sebelum ni banyak tetapi tidak aku sangka dia akan melakukan perbuatan tersebut..kadang-kadang aku cuba memujuk diri ini supaya menerima keadaan ini.tetapi pintu hati aku tertutup buat masa sekarang.

Aku tidak dapat menerima keadaan ini..aku harus bersabar walaupun hati aku ini sedih..aku sembunyikan perasaan sedihku dengan berpura-pura menunjukkan kebahagiaan..Hatiku bertambah sakit apabila tingkah lakunya begitu lambat sekali untuk menyakinkan aku.Banyak alasan dan permainan yg aku lihat disekelilingnya.



Aku cuba untuk membuka perasaanku ini.Buat masa sekarang aku harus berfikir dan terus berfikir untuk untuk kehidupan ini...aku tidak berniat untuk mencari kesalannya tetapi jika keadaan itu membuat aku bertanya-tanya salahkah aku ingin menemukan jawapannya??? Jadi aku tidak mengambil sebarang keputusan untuk waktu ini..cuma perasaanku,hatiku,mindaku dan fikirannku yang akan memberi jawapan setiap yang berlaku dimasa akan datang.Dengan bantuan  allah s.w.t aku berdoa supaya lembutkan hatiku dan jauhi aku daripada perkara yg tidak elok..

Jika hatiku ini bukan untuknya kau jauhkanlah aku supaya aku tenang dengan kehidupan baruku yg akan datang...Berikan kekuatan pada ku....berikan aku kesempurnaan dalam hidup ini....moga dipermudahkan segala urusan ku...itu je yang mampu aku buat selain solat 5 waktu pada mu....amin...

Thursday, April 12, 2012

Cherating dan Terengganu

Hola...hari ni aku nak mengupdate sedikit perjalanan aku di Cherating dan alang-alang ke Terrengganu..masa tu aku pergi bertiga dengan incik mior dan fahmi..kami begerak dari upm dalam jam 6.00ptg..lepas tu sampai di sg.besi kami singgah makan jap dekat kedai mee tarik..mee dia sangatlah panjang..harga pon ok..tengok menu yg kita pilih la..macam aku mee goreng RM7.00. Lepas habis je makan perjalanan kami pon diteruskan...baca doa dlu sebelum berjalan...=)

Semuanya berjalan dengan lancar..kami sewa kereta Myvi pg ke pahang ni.1 hari RM 100.Keadaan kereta semua baik..tayar semua..tapi perjalanan kami ke Cherating mengambil masa dalam 5jam sebab keadaan cuaca yang tak baik.Hujan pon sangat lebat..Aku duk belakang pon cam risau...tapi duk balakang sorg sedap la tido...

Kami sampai dalam jam 11 lebih..Aku tak capture pon gambar untuk perjalanan kami semua..sebab dah penat sangat.Kemudian kami pon sampai malam tu menginap di rumah family kawan fahmi..dato yaya...(nama panggilan)..dekat je dgn pantai kat cherating tu.Pagi-pagi tu aku dah bangun pg tengok pantai cherating..main air jap...aku kurang la air laut ni..seram...takut lemas dh la tak reti berenang..lepas tu takut kena gigit binatang dalam air..huhu..kalau taman tema macam sunway,waterpark suka la..hahah..




Pantai Cherating

Dalam jam 9.30 juga la aku pergi ke pantai ni..masa tu air tengah surut lagi..balik je dari pantai kami siap-siap pergi kemaman Terengganu..semata-mata nak pergi makan satar dan otak-otak...memang sedap satar kat sana.dekat warung Pak Aziz. Kami makan dalam RM45 satar,otak-otak sekali ngn air..2je..bayangkan berapa puluh satar..yg paling kuat makan my incik mior dan Fahmi..tengok tuan la...hahaha..satar 10biji RM5..satu biji 50sen la kira..

Satar yg dah habis




Aku main sarung je inner pink tudung hitam baju hijau..tak bawa tudung lebih..takpelah..masuk je kn..lalala..tapi aku makan laksam kat warung tu tak berapa sedap sangat la..dia pnya laksam keras.kuah dh sedap..tak habis..membazir je..habis je makan kami ke kedai keropok dan Teluk Cempedak..beli sikit untuk bawa balik kat rumah. Perjalanan kat TC dalam setengah jam pon ada maybe lebih..sampai je kat TC tu sangat cantik tempatnya..air laut pon hijau.pemandangan pon cantik..berbanding cherating.Angin bersepoi-sepoi..cewah...siap ada skrin besar macam kata pavillion@dataran lagi...ape lagi aku pon tak habis-habis bergambar.tengoklah..tengoklah...haha

Banyaknya keropok..





Ikan Buntal ni Ori tau...yg telah diawet




kami dalam kereta..Perjalanan ke TC..layan jela budak kat belakang tu..sengal..huhu..



Panasnya...berkenyit-kenyit mata aku


Fahmi and dato yaya











Haaaa inilah pengembaraan kami..kononnya percutian bajet..tapi duit aku habis dalam beratus gak...'=) ..Ape-apepon perjalanan kami sangat best..dan akhirnya aku dapat jugak pg cherating..hoho walaupun ada beberapa perkara yg menyakitkan hati aku...secret!!!...lol...bubeyyy


Wednesday, April 4, 2012

Dari Hatiku



Kadang-kadang aku merasakan cinta itu tak sepenuhnya milikku..walaupun cinta yg ku banggakan dan sayangi sebelum ini adalah segala-galanya buatku..Aku sentiasa mengharapkan kepercayaan dan cinta yang tulus buatku Cintamu yang kurasa, sejujurnya aku sangat menyanyangi dan menyintai dirimu.Apa lagi aku harus lakukan untuk memberi kepercayaan kepadamu.Aku ingin hidup bersama denganmu,bernikah dengan kamu secara halal dan sah menjadi yang halal buatmu.Ku ingin menjadi yg terbaik buatmu.menjadi seorang isteri untukkmu dan menjadi ibu kepada anak-anakmu.Aku hanya inginkan dirimu yg bertakhta di hatiku.hanya kamu..biarpun banyak rintangan yg datang dalam perhubungan ini..aku akan menghadapinya dengan sabar.Biar dunia menghina..hatiku tetap cinta hanya kamu..sayang.masihkah kau ingat saat-saat kebahagiaan kita dahulu,permulaan cinta kita semuanya, detik kita bersama dan bergembira..engkau abdikanlah detik ini didalam ingatanmu supaya ia tidak selalu jauh darimu. Walau apa pun yang terjadi aku akan selalu ada untukmu..kesakitanmu adalah kesakitan ku jua..akan kusiram dan baja selalu hubungan cinta ini seperti pokok yg baru tumbuh supaya ia tidak layu dan mati.Sayang marilah kita bersama-sama menjaga hubungan ini.Sentiasalah berdoa supaya hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat...Amin...



Thank for reading this entry

----------------------------------------


Teater Gerimis Megundang di Istana Budaya

Hai...selamat pagi semua..adakah pembaca blog semua sihat-sihat??kalau sihat aljamdullilah..tak macam saya asyik pening kepala je sejak akhir-akhir ni.Semalam pulak sakit perut..Alhamdullilah hari ni berkurangan sakit..boleh dtg praktikal..

Ni nak bercerita sedikit pasal semalam aku pg tengok teater Gerimis megundang kt IB.Benda ni dh plan lama cuma asyik tertangguh je.Akhirnya semalam aku pergi juga dengan raihan dan bf dia.kitaorg gerak dalam jam 7 ptg..nak dekat magrib sebab raihan lewat.Sampai je pintu masuk IB kami terus beli tiket dan solat sebelum teater bermula 8.30malam.

Then lepas habis solat semua kami pon masuk dalam dewan dengan diiringi staf-staf di IB..terkejut aku datang-datang je duduk seat depan sekali barisan kedua.memang betul-betul depan pentas, sebab kami beli tiket paling murah sekali guna student price pulak tu huhu.duduk bahagian atas. bagi aku duduk atas la best, thats wyh la kami ambil seat atas..takdelah mendongak sangat tengok..Staf IB buat macam tu sebab dia nak penuhkan dewan bahagian bawah dahulu sebab tak ramai orang sangat macam teater cuci musical dulu.

Dalam 8.50 juga la start persembahan teater tersebut..Aku memang excited giler sebab aku nak tengok pelakon indonesia dalam drama Nada Cinta iaitu Mikha Tambayong..1st time tengok dia kelur pentas rasa cm nak menjerit panggil nama dia..huhu..Kamal adli pon ensem..lakonan diorg best la.Tak rugi pon aku tengok teater tu semalam.

Raihan dan bf dia



Ni pic kami sebelum masuk ke dalam dewan..posing dulu dengan patung-patung yg tak bernyawa..haha


Barisan-barisan yg menjayakan teater


Kamal Adli & mIkha

MikHa




Teater ni menarik juga sebab dia mengisahkan tentang percintaan antara dua buah negara. Ending dia agak sedih la. Kalau nak tahu boleh tgk teater ni kt IB, sebab dia punya teater sampai ahad minggu ni. Ada menyelitkan cinta,lawak,perselisihan paham dan lain-lain..Tambah-tambah lagi aku duduk depan sekali memeang nampak betul-betul muka pelakon.Teater Gerimis mengundang ni akan difilemkan pada bulam Mei 2012 ni..kalau mikha yang berlakon aku confirm nak tengok filem ni.


 






Gambar posing sebelum nak balik..teater ni habis dalam jam 11.30 malam.aku pon tak berapa nak ingat..aku takde pon ambil pic dengan diorang sebab yg dapat ambil pic dengan diorang tu yg beli buku rm15..aku tak beli pon..dapat tengok live pon dah cukup..keluar dari IB tu aku jumpa LJ(Liyana Jasmay) dengam mak dia kot..tak pasti la.aku tak berapa nampak sangat malam-malam nih.Tinggi gila dia..mana taknya pakai kasut berapa inci..tapi tak sempat nak bergambar sebab dh terlepas..masa tu takde org pon sebab kami jump depan pintu luar IB.Ape pun teater semalam sangat menarik dan best!!




Thank for reading this entry

----------------------------------------

Monday, April 2, 2012

Kenduri Aqiqah rumah Budin

ada ciri-ciri keibuaan tak??hehe





Raihan,izaty (me)&yan

Assalamaualaikum...ha hari ni 2 blog sekali aku update...terlewat pulak nak update..Ingat lagi tak member aku hafizuddin @ Budin nama panggilan komersial dia...tahun lepas dia kawin kan...dah dapat baby pon..nama anaknya Nur Damia Diana. Hari sabtu lepas kenduri ni diadakan. 

Aku pergi dengan my incik Mior dan rumet aku Raihan.Lagipon dekat je.Budin buat kenduri tu dekat serdang rumah family dia.Sampai je..kami duduk dulu dan makan terus.banyak kot aku makan..tak habis mesti bagi kt incik mior..hu3..semua makanan di kenduri tu semua family budin yang masak..sedap semua cuma.

Dah habis makan tu la kami sembang-sembang dengan wife budin.yan..dapat jugala pegang baby damia..comel.dulu kecik je..masa hari 1st day tgk.ni dah besar sedikit la... okla..balik kenduri tu dalam jam 5.45 kami pergi jogging ke putrajaya..perghhh..lama tak jogging sengal-sengal badan aku...ok la..daaa..update done!!!hoho




Thank for reading this entry

----------------------------------------

Jom Genting!!

Hai bom-bom yg comey-comey...Terima kasih yg masih sudi membaca blog ni...hari ni aku nak bercerita pengalaman aku ke Genting..bak kata orang Kota keriangan...akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke sana..setelah sekian lama..huk2...bagi yg ingin bercuti bersama family dan tersayang boleh la if korang sume nak berjalan..tak rugi pon..

Semalam pon kebetulan je plan kami tiba-tiba nak ke genting...dah la semalam baru lepas overnight kat bukit bintang,tengok gelagat masyarakat KL ni..esoknya my incik mior kol ajak pergi ke Genting sekali dengan coursmate aku masa diploma dulu fahmi...aku ape la lagi trus bangun cepat-cepat....siap..excited kot..yela..walaupun aku tak bawa baju lebih..pakai yg mana ada je sebab aku tumpang tido bilik rumet ak,so tak bajet pon nak pg ke genting..pakai pon biasa-biasa je, kebetulan pulak ada kereta free..minyak pon full tak payah bayar, dah save.Info yg aku tahu la Genting ada sediakan beberapa hotel sendiri seperti Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel.Kawan aku cakap hotel paling murah kat sana RM70  satu malam..so sesiapa yg nak tidur kat sana boleh je..nak lagi mahal pon ada..hak2..

Kami balik hari je..esok aku praktikal kot..tu la..buat vocation tak merancang...lala..kami gerak dalam jam 11pagi..sebelum tu singgah Mcd dulu alas perut untuk sarapan...perjalanan dari UPM ke genting dalam 1jam lebih juga la..masa nak naik atas bukit tu..ya allah sangat pening..aku dah macam nak muntah dah..mana taknya jalan liku-liku.

Dalam jam 12.40 kot kami sampai kaunter tiket.Aku jalan melenggang je..beg tinggal dalam kereta,just bawa kamera,duit dan handphone je. Kami pon terus beli tiket..My incik mior trus beli tiket outdoor..hah??aku macam dah takot..sebab aku nak main indoor je...my incik mior dan fahmi agak kegilaan di situ ye sebab nampak excited nak main roller coster,spiderman,kapal dll..aku macam dah agak seram sedekit...huhu..Boleh tengok ye detik-detik kami sepanjang di genting dalam gambar ni ....Layannn

Perjalanan nak naik ke bukit









saya dan my incik mior

Sengal la budak dua org ni..hihi




Ni dah lapar sangat kami makan di Old Town..penat kaki berjalan cari old town sampai nak tercabut kaki aku..Old Town punya pasal.nak sangat kan makan kat sana.Kalu korang nak tahu harga makanan kat Old Town kat Genting ni tak sama tau dengan Old town tempat lain, harga dia berbeza.Contoh la aku makan semalam nasi ayam hainan, biasenya harga RM11.90. Tapi semalam harga dia Rm14.90 so kita nampak la perbezaanya kan..


Comey tak..haha






Gambar ni last sekali..dah nak balik..baru lepas main spiderman rollercoaster..aku rasa nak menangis je...aku boleh naik benda tinggi-tinggi tapi aku gayat..macam mana tu??boleh naik tapi kena pejam mata..itu je caranya kalau aku nak naik semua game yg tinggi.Lagi satu aku sarankan sesiapa yg nak ke genting lagi jimat naik bas guna pakej.Tapi nak naik kereta sendiri pon boleh takdelah tekejar-kejar..pakej bas ni dia ada dari 4 tempat..Kl sentral,Gombak,Hentian Kajang,Puduraya.Korang boleh pilih la yg berdekatan dengan tempat korang..ni aku tunjukkan contoh pakej dari kl sentarl.






Harga semua sama Rm58 per person kecuali dari Hentian kajang sahaja Rm 63 per person sekali dengan tiket Outdoor.okla tu..daripada aku semalam tiket outdoor je Rm50 seorang.Belom lagi minyak kereta semua tu..tapi semalam kami punya minyak freeeee...hehehe


simple kan dressup aku pg genting.




RM15 beli pic

Akhirnya....aku rasa happy sangat dapat pergi ke genting dengan my incik mior..thanks to fahmi sebab drive kereta sampai ke atas.hu3..dan sayang kt my incik mior sebab merialisasikan impianku..muaxxx...hahah..kalau ada sesiapa yg belum lagi pergi bolehla pergi dan merasa.tak rugi mencuba..byeeeeee




Thank for reading this entry

----------------------------------------