create your own banner at !

Cintamu & Cintaku

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 18, 2017

Sembang Pacak

Assalamulaikum semua....guys....beberapa tahun ni memang lama tak mengupdate blog ni..ni pun sebab aku free kat tempat kerja..bukan kata tak ada kerja ek..rest jap..sat g sambung balik okeh..sekarang nak sembang-sembang.. je.

Lepas ni kalau ada masa saya nak selalu la update blog ni..internet pon dh banyak kouta berbanding dahulu so ok kot..huhu. Aku pun dah tak ingat macam mana nak update dan tukar background blog nih..ada sape-sape boleh tolong ajarkan tak???krik2.....senyap jap. 

Dalam tahun 2016 ni bayak berlaku dalam kehidupan aku. Memang lama sangat tak story..kalau dulu masa belajar, bercinta dengan kawan-kawan kejap-kejap post. Anak pun nak masuk dua dah.. anak 1st aku nak masuk 3 tahun dah tahun depan, besar dah tapi badan kecik. Aku sekarang mengandung dah 5 bulan lebih. Untuk mengandung yang second ni kurang sikit morning sickness berbanding anak 1st..Yang ke dua lebih kepada pening dan sakit kepala. muntah jarang, kalau bau benda busuk je aku muntah. Rasa malas teramat ada juga yang no 2 ni..huhu kadang laki aku yang tolong kemas- kemas rumah..masak rajin ckit macam-macam nak cuba.

If anak 1st aku bawa plastik merata sampai 7 bulan baru stop meludah. Nak cakap dengan orang pun susah. Kadang- malu pun ada..tapi aku nak wat camne. Aku harap kelahiran anak kedua aku ni dipermudahkan dan senang. Cuba teka jantina baby ke 2 aku nih?? aku excited sangat sebab aritu Dr. scan boy..dia siap snap pic baby tu kangkang lagi.. so nama anak aku yang ke dua ni panjang lagi la. Mesti kena letak 'Mior' depan dia dan belakang "Noor" rujuk nama bapak dia...hahaha

Nak belanja sikit gambar-gambar family aku..

Gambar we olls tahun lepas masa photoshoot Raya




Raya tahun 2016 kat Perak
Langkawi 2016 dgn Mertua

Monday, April 18, 2016

My Family

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera....
sudah sekian lama blog 'Izzaty Zaki' ni menyepi. Aku rasa masuk ni dah 3tahun rasanya. Anak aku pon dah masuk 2tahun lebih. Usia perkahwinan kami pun dh mencecah 3tahun. Bukan tak nak update, busy bebenor..hehe..ni pon update guna hp uolss. Okla dapat juga lepas gian untuk update. Sekarang kehidupan aku menjadi sebagai seorang isteri dan mama kepada anak kecilku yang berusia 2tahun ni. Nama diberi Nur Airis Arissa Bt Mior Anuar Noor.

Panjang tak nama diorg ni..hahah mesti tak muat kotak nak tulis.


Ok ni la gambar anak sulung saya..setakat ni sorang la dulu ye..nak adik kena.tunggu dlu..hehe.


Ni la gambar terbaru aku dengan hubby yang aku salu duk tayang-tayang masa mula-mula wat blog nih.

Lepas nih bolehla aku update blog balik..yeayy tapi untuk decoration blog ni belum lagi kot. Dapat update pon ok..kan boleh sharing benda yang boleh dijadikan ilmu.

Tuesday, February 4, 2014

Lama Menghilang!!

Hai..assalamualaikum semua...lama dah kan tak update blog nih..rasa cm dah bertahun..rindu giler kot...sampai dah nak ada baby doh..huhu. Sejak kawin memang busy sangat. Tapi nak kata terlampau tu takde la. Cuma masa tak mengizinkan untuk mengupdate blog, bukan macam zaman study dulu-dulu asyik duk mengadap laptop je..

Ok..sekarang semenjak kawin ni aku rasa lain sedikit kehidupan sebagai seorang isteri, maklumlah dah hidup berdua (baru sibuk nak cite). Sepatutnya aku nak uplod gambar kawin aku..nanti ye tunggu esok. Sebab sekarang aku guna pc office je nih..biasanya tak boleh buka blog, tapi hari ni tiba-tiba boleh pulak. Teringin nak berkongsi cerita dengan kawan-kawan semua perasaan sebelum dan selepas kawin, tapi macam dah basi je. Yela aku pon sekarang dah mengandung 8 bulan dah. Tunggu due date hujung bulan 3 ni..takuttt.

Saya berharap kawan-kawan dapat mendoakan saya selamat melahirkan baby ni..Jantina tak tau pun..memang baby i ni nak bagi suprise kat mummy dia. Semoga dipermudahkan bersalin. Tunggu ya dalam 2-4 hari ni nk mengupdate gambar kawin aku yg dah ketinggalan zaman..sesiapa yg nak tengok boleh la usha-usha. Tak nak tengok scroll laju-laju..hihi..

Cukup sampai disini sahaja coretan ku..lepas rindu mengupdate blog..DONE!



Friday, November 30, 2012

Produk VCO

Salam semua...dah lama tak mengupdate blog memandangkan buzy...

1st aku nak bercerita pasal produk VCO Catalyst..



Kenapa tiba-tiba je nak bercerita pasal produk nih pulak..ye la..td masa aku jalan nak pergi ke cafe..tengok ada org jual prodeuk ni kat dewan MPOB..so aku usha-usha jela barang ape yg diorg sume jual..jalan-jalan aku ternampak produk vco ni..aku try la tanya akak tu kegunaan dia..punyalah dia sembang dan bagi ceramah kat aku tentang produk tu..aku iye kan jelah..huhu..



Sebelum ni aku  pernah guna produk ni..sebotol jela..utk 1 bulan..dalam tu ada 60 biji..kebaikan dia memang banyak kalau kita baca...ni antara dia pnya kelebihan :

Kebaikan :
  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
  • Melindungi tubuh daripada kanser.
  • Jerawat cepat susut
  • Regular semula PMS anda
  • Sistem penghadaman lebih baik
  • Kesuburan
  • Kurangkan rasa senggugut
  • Batuk dan Selsema cepat hilang
  • Mengurangkan tidur berdengkur

Kalau korang semua tengok testimoni dia mesti teruja kan...so pada pandangan aku la sebab aku pernah makan ubat ni..aku macam tak de rasa ape perubahan...kawan aku pon pernah cuba makan ubat ni jgk so sama je..maybe depend pada tubuh badan seseorang..ada yang jadi ada yang tak. Kalau yang berjaya guna produk ni alhamdullilah lah..kadang-kadang produk seperti pelansingan,kecantikan ni macam produk physco je..dia menarik pelanggan dengan pelbagai kaedah...

Contohnya produk pelansingan..yang ni memang kita sendiri boleh nampak..sebenarnya kita boleh berdiet dengan cara sihat dan normal tanpa perlu makan suppliment@ubat kurus..tapi setengah orang bila dah beli ubat kurus secara automatik dia akan menjaga pemakanan dia dan disiplin..sebenarnya kaedah dia sama je..kena ada disiplin je..makan ubat kurus pun mana boleh terus kurus kan..mesti korang kena disiplin jugak bersenam semua baru boleh turun berat badan..tol tak???aku terpikir macam tu je..

So mana-mana ubat@ jangan mudah terpedaya...tak semua produk elok dan tak semua produk juga tak elok..ada yang baik dan tidak..kita boleh menilai sendiri ye kawan-kawan.


Saturday, November 24, 2012

My Wedding Theme~~

Salam semua...urmm...nak mengupdate sikit la blog ni..hari ni nak sembang sikit pasal wedding theme..nak tau gak korang punya impian dan tema korang..macam aku sekarang tengah berpikir nak buat tema apa..aku pon tak tau..kalau ikutkan aku nak buat warna pink sebab aku memang suka sangat warna pink..tapi dah tak boleh la tema tu sebab masa tunang hari tu aku dah buat tema tu...macam tak best la kan warna sama.

So dalam fikiran aku sekarang aku nak warna biru je...baby blue+kuning..cantik tak u olss rasa?? Kalau ikutkan mula-mula aku nak buat warna peach tapi bila aku tengok and usha-usha colour peach ni lama-lama macam tak cantik pulak..nampak suram...kat sini aku de sertakan gambar sekali warna biru yang aku berkenan tu..tengok-tengok!!





Add caption
Haaa..try tengok gambar dekat atas and tengok combination warna dia ok tak korang rasa???aku sekarang dah blurrr nak pilih tema ape..any idea kawan-kawan??? kalau susah-susah sangat aku ambil warna putih je..warna yang paling selamat..huk2..bab pelamin pulak aku suka yang bunga jurai-jurai cantik kan...macam pic kat bawah ni..



Sumber : Seni Qanasuri

Aku tak adalah nak buat besar-besaran..nak buat simple tapi cantik n sweet..semua orang inginkan hari perkhawinan mereka meriah dan terbaik..aku pon nak macam tu jugak...huhu...insyallah kalau tak ada ape majlis aku akan berlangsung tahun depan..semoga segalanya dipermudahkan...amin...=)


Thank For Reading This Entry

.....................................................................

Thursday, November 22, 2012

Saje nak lepas geram!!

Haaaaa ni aku malas nak godek-godek setting blog aku nih tgk dah jadi haru biru..semua tak kena...tulisan dah bercampur warna...bila adjust balik tak boleh!!! huh Annoying la...grrrrrr...





Thank For Reading This Entry

.....................................................................

Saturday, November 10, 2012

Oh My Rambut~~

Salam semua....lamanya tak mengupdate status terkini...hurm...buzy la uolss...blogger lain semua dah siap tukar background..kita still yg sama dulu kini dan selamanya..huk2..tak sempat la..ni pon sempat juga aku menconteng sedikit bingkisan..kalau ikutkan banyak benda yang nak dicertakan..tapi tak sempat..al -maklumlah sejak sudah bekerja ni..busy sangat-sangat..nak kata banyak keje tu tak adala tp masa tu memang tak cukup la untuk pergi berjalan semua tuh...

Alhamdullilah dah masuk 2 bulan aku kerja dekat MPOB ni..okla..sebelum ni kerja landskap..so suasana dia sangat lain di dalam office dengan site..untuk khabar gembira seterusnya my incik tunang pun dah dapat kerja sekali dgn aku dkt MPOB jugak...dekat bangi..hepinya...:) syukur...inilah dinamakan rezeki..

Aku ada nak share satu produk rambut ni tau...pernah dengar tak Rambut gugur.com??ha..mai cek nak habaq...produk ni mula-mula aku cam was-was jugak nak guna..tapi disebabkan kepala aku ni mengalami masalah rambut gugur..so aku try la beli produk ni melalui online...aku yakin nak beli produk ni sebab tengok  testimoni semuanya positif...kiranya 9/10 megatakan produk ini berkesan..so ape lagi aku pon beli..dalam 3 hari jugak la sampai...excited nya aku dah sampai produk tu terus guna..syampu dia sangat best dan berangin..aku beli pakej serum..ha tgk gambar kat bawah ni..dia ada 2 pakej serum dengan ginseng..





So aku pon cuba la..masuk ni dh 4 hari aku guna..bau shampoo dengan serum dia macam bau minyak angin..dan lebih kepada bau limau purut...best sangat-sangat. Nak tau tak perubahan dia???ha...keputusannya amatlah positif tau!!! rambut aku berkurangan dah gugur ni..dulu kalau sikat rambut tak payah cakap, penuh sikat rambut..sekarang 2-3 helai je kalau sikat..ni baru 4 hari..belum sebulan lagi ..aku guna pakej serum sebab rambut tak kritikal lagi..kalau dah nak dekat botak better pakai ginseng..setiap satu pakej tu tahan dalam 1-2bulan..

Apa tunggu lagi..kalau ada yg mempunyai masalah macam aku nih..try la produk ni...murah dan berkesan..tak adala mahal sampai beribu-ribu. Hasil pun memuaskan..so nanti korang usha-usha la ek..daaa





Thank For Reading This Entry

.......................................................................