create your own banner at !

Cintamu & Cintaku

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 4, 2011

Sahabat & 3 Idiot

Assalamualaikum untuk memulakan kata pembuka....hari ni aku nak cerita pasal sahabat~~~cakap pasal sahabat ni ada macam-macam org kan? pasal BFF ke?..tak suka ayat BFF jika tidak menggunakannya dengan baik...apa kaitanya sahabat dengan movie 3 idiot?sesiapa yang dh tengok mesti tahu kan....cerita ni memang best sangat-sangat..aku berapa kali ulang tayang kot...byk pengajaran dalam cerita 3 idiots ni..


Rancho lakonan (amer khan) memang best...dia memang seorang sahabat yang paling baik dan sanggup buat apa saja untuk kawan-kawan dia..kawan2 dia yg lg dua org tu pon sama Rancho ni seorang yg bijak dan pandai... paling best bila aku tgk cerita ini adalah byk nilai-nilai murni @ good value lor...dan yg kedua adalah pasal relantionship diorg sebagai sahabat. yg baik.kalu dapat kawan mcm Rancho ni kan best...kalau nak dibandingkan dengan dunia realiti hidup aku sekarang...ummhh. Boleh tak nak dapat kawan cm movie 3 idiots ni??cakap pasal kawan baik ni realiti hidup aku ni  tak seindah biasa..suka sama-sama..susah sendiri-sendiri..ok tak?ok ke tak???sendiri jawab ek...


Apa beza sahabat dan kawan pula??? Kawan adalah teman kita... maybe teman biase-biase je... atau teman yang takde la rapat sangat... Tapi sahabat.... adalah person yang begitu rapat dengan kita... berkongsi cerita peribadi dan juga tempat meminta pandangan dan tempat meluahkan sesuatu yang tak dapat diluah pada orang yang lain...
Saya banyak kawan "When Need"...apakah itu???sahabat macam ni rapat dengan kita bila perlu sahaja..supaya diberikan pertolongan kepada nya jika perlu..perlu ke???tak payah la tolong pasni...tapi jangan mengungkit..janji kita lakukan dengan ikhlas segala pertolongan yang kita berikan...cuma lepas ni kena lebih berhati-hati KERANA sahabat macam ni bukan sahabat ketawa dan menangis pon....tengok pic kucing tu bahagia je...(kat luar je )hahah

Now continue about "Friends Happy time" ..happy time pulok....betol ke tak aku nih...hahaha...yg ni pulak katogeri ape ek...cuba fikir sejenak....selalu berada disisi kita kadang-kadang dh macam belangkas...memang kamcing gila la la tok~~~pergi mana-mana bajet nak sekali je..lagi-lagi time kita ni berduit kan pulak...enjoy la sangat...kadang-kadang bodeknya kuat la jugak hampeh~~~TETAPI  kawan-kawan jenis macam ni kena hati-hati sedikit sbb nanti didalam kita kesusahan@ kesempitan macam-macam alasan yg dia bagi...ni namanya kawan time enjoy je tau tak????menyusahkan

Kawan "Low Profile" pulak..... macam mana tu...waktu senang dia sentiasa bersama dengan kita..takdelah selalu nak membodek macam "Happy Time" tu...sebenarnya kalau kawan yg jujur berkawan dengan kita dia selalu tegur salah dan silap kita...bukan asyik nak bodek je walaupun kita buat salah...ini lah kawan sejati... kawan yang sanggup bersama kita susah dan senang.... Kadang-kadang kawan macam ni kita sendiri yang abaikan... Waktu senang tak ingat pun kat kawan tu.... tapi bila time susah... umhh..masa nak mula la nak buat-buat teringat kat kawan ni... kawan ni jugaklah yg akan sentiasa bersama dengan kita..

Dalam hidup ni macam-macam kawan yg kita akan jumpa....dan masa itulah kita buat pemilihan antara kawan ataupun haluan~~yela kawan membodek ni ramai cakap nak manis je...cair la kan sekejap...tetapi kawan yg cakap kebaikan dan kebenaran ni kita abaikan..yela setengah org kadang-kadang pahit untuk menerima kenyataan...btol kan..aku sendiri pon kadang-kadang..tp kalau benda yang baik kita memang patut ambil tahu ok!! otak kan ada untuk berfikir..gunakanlah kebijaksanaan anda untuk menilai siapa yg ikhlas berkawan  dengan kita dan siapa yg sesuai dapat 3 katogeri diatas ..hahah
  
Aku ada jugak kawan yang begitu memahami dan sanggup berusaha sedaya upaya untuk membantu saya di kala saya susah ( Insyaallah ada )...jadi hati-hatilah pilih kawan ni..."Sesungguhnya kawan yang sejati dan baik akhlaknya akan mendorong kita ke arah kebaikan... dan kawan yang rosak dan buruk akhlaknya akan mendorong kita ke arah kejahatan..." (bukan kata-kata aku nih,) tetapi manusia biasanya akan memberikan kata-kata  sebegini untuk pandangan masyarakat...



Jangan terlalu ego untuk mengakui betapa sebenarnya kawan kita mempengaruhi akhlak dan peribadi kita.. Sebab sering kita dengar ayat-ayat... :
  1. "Aku berkawan je dengan dia... takde ikut perangai dia tu"... atau ayat-ayat  macam ni 
  2. "Aku pandai jaga diri aku... dah ramai kawan aku... takde pun aku terpengaruh dengan perangai diorang tu".... 
Sebenarnya itu adalah kata-kata seorang yang mempunyai ego yang tinggi... Tak payah  nak menangkan ego kita tu... Takde dapat ape pun...(tapi betul gak..aku pon kadang-kadang cm ego jgk uh). Jadi inilah hakikat dan lumrah dunia.yang kita tempuhi..aku harus bersabar dari semua aspek,sudut,segi..haaaa semua keluar.

Ok sampai disini sahaja....bingkisanku kali ini...(^_^) ini adalah dari pandangan mataku....dan survey aku terhadap realiti kehidupanku....aku hanyalah insan kerdil yang lemah tidak lari dari melakukan kesilapan.....wassalam..wlalalala~~~~~~




Thank you for reading this entry !

 -------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Jom cakap-cakap sikit box cik Izzaty ~~(^_^)