create your own banner at !

Cintamu & Cintaku

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Boleh!!

Tahniaah kepada skuad "Harimau Muda Malaysia"...cayalah korang semua...aku amat berbangga jd rakyat Malaysia.Berdebar-debar aku tgk bola td..rasa nak gugur je jantung aku...memang penunggu setia la...untuk bola kali ini...memang best sangat..tersenyum je aku malam ni tido walaupun aku tak tengok kat stadium.


Lagi satu bila aku tengok bola tadi aku tak puas hati dengan pengadil..sebab bila time indonesia tackle pemain malaysia takde pon nak kena kad kuning..malaysia ramai gila kot kena kad kuning..tak adil..tu dari pandangan mata aku la sebab aku tengok benda kecik je..bila pemain indonesia..urmhhh cam senang-senag je bagi lepas..korang rasa tak ape yang aku rasa???


Ha..lepas tu  pasal si Fakri pulak...dia banyak choi la...bola nak tamak je..lepas tu penalti tak masuk pulak...bagi bola slow gila..adik aku boleh tangkap...(ceh-ceh aku cakap boleh la)huhuh..sori la..sebab aku tengok dia punya permainan. kahirul fahmi che mat memang terbaik...oh apex ku sayang..walaupun dia ada kontroversi pasal minum arak....biarla...hal dia. Yang penting dia dapat menjaga gol dengan baik dan dapat tumpaskan 2 gol....aha..suka-suka...



















Aku dengan budak-budak dalam bilik tv melompat-lompat dan menjerit masa gol dan masa pengakhiran gol penalti td...macam sedih pun ada.yela nervous. risau sangat gol akhir..nasib baik terlepas bola tu...dan gol juga akhirnya...kenapa la si fakri tu tak dapat jaringkan gol..kalau tak mesti 5gol kan...dia tu memey la....




Tengok logo tu..cara kan...harimau dapat membaham garuda akhirnya...kepada team Malaysia aku ucapkan tahniaah sangat-sangat kerana dapat pingat emas..dan mengharumkan nama Malaysia. Kepada pasukan Garuda indonesia mereka juga bermain dengan baik..kalah menang adat pertandingan boleh cuba lagi.Terima kasih juga kepada penyokong malaysia kerana memberi semangat kepada pasukan harimau muda...(ceh-ceh macam aku ni pemain bola sepak pulak) hahaha...anyway Gud Luck awuuummmmmmmm~~~~



Thank you for reading this entry !





 -------------------------------------------------


1 comment:

Jom cakap-cakap sikit box cik Izzaty ~~(^_^)