create your own banner at !

Cintamu & Cintaku

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 23, 2011

Lelaki Buaya

Hai....salam semua...hari ini aku nak bercerita sedikit mengenai insan yang bernama "LELAKI"..kenapa dengan lelaki ni??macam ni la...sebenarnya nak buka topik mengenai "Benarkah Lelaki suka memainkan perasaan wanita"??...aku tak tahu pon jawapannya..tapi jawapan kepada soalan aku ni ialah tak semua lelaki macam tu..

Sekarang aku nak bercerita mengenai satu kisah insan lelaki..aku paling tak suka lelaki yang suka memainkan perasaan wanita yg mempunyai perasaan dengannya..ha...macam mana tu??berbelit tak ayat aku?harap paham la..lelaki macam ni aku pernah jumpa..dia ramai kawan perempuan.dia nak test sorang-sorang kot agaknya..tapi tak baiklah macam tu sebab kalau tak suka perempuan tu tak payah la nak melebih-lebih..

Lagi satu lelaki macam ni dia suka berpura-pura nampak alim didepan kaum wanita..nanti jumpa kawan perempuan no 1 cakap lain,kawan no 2 cakap lain dan seterusnya sehingga lakonannya mencapai tahap yg memuaskan. Lepas tu dia akan cuba keluar dengan perempuan tersebut...masa tu lakonan pertama dia tau tak???perempuan lain pon dia akan buat macam tu jugak...bukan hensem pon mamat cmni..tapi bajet lebih..



Lagi satu yang jenis suka mengambil kesempatan..biaselah lelaki..dia nak kawan ramai-ramai perempuan..lepas tu nak test satu-satu kot dapat ke...ok la fine!!! kalau jenis yg nak test dlu ni aku tak berapa nak setuju la sebab if dia nak test perempuan tu kalau perempuan tu bagi sebab sayangkan dia ok..itu kira keterlanjuran..tapi aku tak salahkan perempuan tu sebab dia nak buktikan cinta dia pada lelaki tersebut.tapi pada masa yg sama perempuan tu bodoh juga.sebab sanggup gadaikan maruah diri dia.

Bila lelaki tu dah dapat patutkah lelaki tu tinggalkan dia sebab bagi dia perempuan jenis macam ni murah sangat???korang rasa?bagi aku tak patut  sebab lelaki tu pun murah juga.kenapa dia sanggup nak memuaskan nafsu dia dengan perempuan macam tu...aku rasa kan sebab lelaki macam ni banyak tabur kata-kata manis sebab tu la perempuan tu sangkut.


Semua perempuan  dia nak pegang....kepala hotak dia...kata dah ada awek..nak pegang-pegang perempuan lain buat ape..depan perempuan yg dia nk tackle control...eeeee.....aku memang  tak suka lelaki speisis macam ni..aku cakap ni sebab aku penah jumpa..memang gred A la.pelakon terbaik....ramai perempuan tak tahu perangai sebenar lelaki jenis macam ni sebab dia pandai berlakon.

Aku cuma mampu menasihatkan kaum hawa supaya berhati-hati dengan lelaki berperangai macam ni.aku beritahu ni pon sebab aku mendegar pengalaman dan cerita daripada rakan,dan dari pandangan mataku sendiri.kepada kaum lelaki kamu juga janganlah memainkan perasaan perempuan yg mencintaimu.kerana tuhan akan membalas setiap perbuatan kamu.

Nasihat ini bukan untuk wanita lain tetapi untuk diri aku juga.Hargailah orang yang menyanyangi diri kita dan kerana ia akan sentiasa mencintai kita.Bukan kita yang mencari dan menyanyangi  lelaki tersebut.Janganlah hipokrit dan menipu diri sendiri.


10 Tanda Lelaki Berstatus Bahaya :

1.Lelaki yang sering berkata “Abang memang sayangkan ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius.” Lelaki seperti ini berbahaya. Awas, lelaki seperti ini memang bahaya ia mungkin hanya ingin mempermainkan kamu dan kamu belum ada dalam kamus hidupnya.



2.Lelaki yang telefon atau SMS mengikut suka hati mereka sahaja.Apabila kamu perlukan dia, bayang pun tidak kelihatan.



3.Lelaki yang suka ajak ‘dating’ tapi bukan ‘dating’pun. Si dia mengajak kamu keluar kerana bosan dan tidak mempunyai kawan untuk berbual. Dia terlalu peramah dengan kamu sehinggakan kamu merasa diri kamu terlalu istimewa.



4.Lelaki yang sudah ada kekasih tetapi selalu telefon, sms dan berjumpa dengan kamu. Oh, ini lelaki yang paling bahaya!! Dan lelaki jenis ini memang ramai dan ada di mana-mana sahaja. Lelaki jenis ini apabila terkantoi dengan kekasih, mereka akan mengatakan kamu hanya kawan biasa sahaja. Tentu sakit hatikan! Lelaki jenis ini ternyata buaya tembaga yang tidak laku.



5.Lelaki yang sering berfikir semua perkara yang mereka lakukan betul. Aduh, pandangan kamu semuanya salah! Pandangan dan pendapat dia sahajalah yang betul. Mereka ini jenis pentingkan diri sendiri langsung tidak memikirkan perasaan orang lain, termasuklah perasaan kamu.


6.Lelaki yang sentisa ‘blur’ contohnya lelaki yang tidak faham kehendak wanita. Walaupun kamu sudah berterus-terasang tapi mereka hanya menganggap ia perkara remeh. Nampak sangat mereka tidak menjaga perasaan kamu.


7.Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri . Kalau mereka sendiri tidak faham kehendak hati mereka jangan harap mereka akan faham kehendak kamu.


8. Lelaki yang 24 jam hendak berkepit atau bersama kamu tanpa mengira keadaan. Jika tidak pun mereka akan sentiasa telefon, sms dan ingin berjumpa selalau. Awalanya mungkin kamu tidak kisah, namun lama-kelamaan pasti kamu akan rasa rimas dan lemas.


9.Lelaki yang suka mengutuk lelaki lain dengan harapan kamu tidak akan mendekati lelaki tersebut.Lelaki seperti ini kuat cemburu dan janganlah terkejut sekiranya lelaki ini tergolong dalan golongan lelaki yang mengada-ngada.


10.Lelaki yang tidak dapat memberi layanan yang baik dan betul kepada seorang wanita. Apa lagi yang kamu harap?? Buat seksa jiwa sahaja. Nampak sangat lelaki jenis ini sukar hendak membahagiakan kamu. Jadi carilah orang lain yang boleh membahagiakan kamu.




Thank you for reading this entry !




 -------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment

Jom cakap-cakap sikit box cik Izzaty ~~(^_^)