create your own banner at !

Cintamu & Cintaku

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 27, 2012

Hari Belia..Putrajaya

Salam semua...furh~~~rajin pulak aku nak mengupdate blog malam-malam ni..saja jek..dah alang-alang buka laptop dan gambar pada hari belia pon dah transfer..so nak bercerita sikit la..sepanjang aku pergi hari belia.masuk ni dah tiga kali aku pergi sana..bersama my incik mior la...1st day hari jumaat..konon-konon nak cari job kosong..mana la tahu..sebab kawan aku pergi dia bagi je resume dekat mana-mana company.

Panjang kot booth-booth yg ada dekat present 2 tu..penat kaki berjalan..so jumaat tu tak ada apa sangat. Jom heboh pon tak start lagi. Hari kedua aku pergi hari sabtu.niat nak pg ke jom heboh je..sepanjang aku berjalan tu ribena je yang aku berkenan.Beli la 1 beg rm10..standart la jom heboh..Jalan-jalan kat booth lagi aku terjumpa blogger yang agak famous juga la..Cala Qisya..so aku macam agak excited jugak la..sebab aku minat juga dengan baju and dress diorang...sempat lagi ambil gambar dengan owner dia....hehehe







Tak sempat nak tanya nama...huhu teruk betul aku nih..habis je berjalan aku teruskan lagi berjalan..haha..dah la kamera pon tak bawa nak ambil gambar..time bawa takde benda yg menarik nak ambil..jumaat aku bawa,sabtu tak bawa pulak..hmmm apela kamoo ni izzaty...pic dalam ni semua guna hp yg tak berapa canggih ni..

Masa otw nak balik ada majlis perasmian hari belia..so aku pon jenguk-jenguk la..terjengket-jengket aku ni ha...masuk-masuk dapat gak ke depan..aku dapat tengok PM secara dekat melambai-lambai..okla...sebelum ni pun pernah tengok juga dekat MAEPS.Panas tau kalau korang semua pergi waktu tengahari..Aku siap bawa tisu,tuala kecil dengan payung lagi. Tuala kecil tu untuk incik mior sebab dia buat lap peluh dia..tisu pon utk dia juga sebab selsema...payung tak guna langsung...berpeluh-peluh aku...nasib baik la pakai simple je..Ada aku tengok jenis yang berfesyen tu pakai 2-3 lapis baju...tak panas ke??tapi takpelah diorang selesa..takde masalah~~


Buat tarian dulu nak sambut Perdana Menteri


Nampak tak arrow??tu la PM...gambar dkt bas tu lagi jelas kalau tak nampak..hehee



Haaaa ni jela gambar-gambar yang ada..guna hp je semua + edit..hooho..utk hari sabtu..cukupla kan...kalau nak tahu lagi kena pergi sendiri..ngeh3...last aku pergi hari ni la..(Ahad).Saje berjalan-jalan, konon-konon nak beli jubah tapi tak ada saiz..redha jela...aku beli tudung je..habis...kemudian nak dekat magrib tu dah balik...penat tapi best juga...byeeeeee




Thank For Reading This Entry

.......................................................................


Wednesday, May 23, 2012

Playboy

Hai semua..tak tahu nak post entry pasal ape..tapi sebab aku nak menghilangkan mata aku yg mengantuk ni..tiba-tiba aku tersedar nak bercerita pasal deadorant playboy!! just nak promote sikit je..sebab bau dia wangi..bukan nak kata deadorant lain tak wangi..wangi juga..tapi dah seminggu aku guna ni okla...tak pakai minyak wangi pon sepanjang pergi kerja..tak de masalah bau badan lagsung.

Sebelum ni aku pakai rexona..yg teen girl warna hijau ok juga..tapi tiba- terdetik hati nak guna playboy..Aku biasanya pakai rexona yg spray.aku tak suka pakai yg macam penggelek tu yg ada bebola..sebab bagi aku la kalau pakai yg jenis macam tu kan dia basah n melekit..lagi satu sebab aku tak nak bg ketiak jadi gelap. Walaupun ada iklan macam-macam untuk bagi putih la..whitening la..semua tu bohong je..iklan bg model cantik, tambah lense kamera dan sinar cahaya tak nampakla kegelapan tersebut. So aku lagi prefer pakai yang spray..

Bila aku pakai yang playboy tu aku tak pakai mana-mana minyak wangi. Pergi kerja just pakai losyen nivea dkt tangan and sembur deadorant playboy..dah siap..tu je..bau dia pon tahan lama..aku cm dah macam selalu je nak cium ketiak aku..hahah...kawan-kawan semua boleh try. Tapi biasanya bau sebenar dia akan keluar bila perfume atau deadorant tersebut dah sebati dengan bau badan kita...macam tu la..




Ni contoh minyak wangi playboy..untuk perempuan punya.ada 3 jenis bau..aku pakai yang warna pink tengah. Just pakai deadorant je..minyak wangi tak pon. Tengoklah satu hari nanti aku nak try juga perfume dia..aku beli deadorant tu pun kebetulan je sebab aku pny deadorant dh habis..2 minggu kot aku tak pakai deadorant keluar..Alhamdullilah aku takda mengalami bau badan yg teruk..


Deadorant sexy ni ha yang aku guna...wangi...try la...tak rugi pon..harga pasaran dalam RM14.90-15.90..yang ni aku tengok dekat watson,guardian. Aku beli kat mydin Rm 13.90 je..hahaha...tapi saya tak memberi jaminan la ia bagus untuk anda semua..tapi dia bagus untuk aku..heheh..cubalah..murah je...





Thank For Reading This Entry

.......................................................................

Monday, May 21, 2012

Yana Bertunang!!

Assalamualaikum...hari ni nak mengupdate cerita pasal kawan aku irmailyana..sabtu lepas dia bertunang. Aku join dia punya majlis tapi lambt. nak dekat jam 5 baru sampai.Lambat kan...yela sebab sebelum aku pergi kenduri yana aku keluar dlu dgn incik mior teman dia beli stock air. Jalan jem kot..maklumlah malam tu ada bola piala FA Kelantan lwn Sandarby...tu yang jalan jem.tension tol...

Excited betul penyokong kelantan siap bawa bendera lagi bekibar-kibar..biasela..penyokong kelantan memang excited bab-bab bola nih...takde masalah.hahah...sampai upm je dah kol 4...siap-siap aku terus pg mandi dalam 4.30 aku gerak..yana pon dah kol-kol aku nak tukar baju...huhu



zaty,yana & kairiah


Sampai-sampai je aku terus ambil gambar...orang semua dah balik..tinggal kawan tmpat kerja yana je..aku berharap dapat makan tau pg kenduri yana tp yana kata makanan dah abis..aku ok je..takpa yana..kami tak kisah...tapi sebenarnya perut aku sangat lapar sebab tak makan dari pagi tadi..kelam-kabut...



Ni tak suka ambil gambar berdiri..nampak sangat aku rendah..lalala

Tibe-tibe kan ayah yana suruh hidangkan makanan..alhamdullilah masih ada lagi rezeki untuk kami..my incik mior dah malu-malu..tapi sebenarnya dia lapar juga...aku nak je makan kalu dia hidang..gila aku tambah 3 kali..dengan lauk-lauk aku ratah..sampai malam kenyang aku..huhu...dah tak pandang orang dh..makan dengan kusyuknya...lalalala

Habis makan aku sembang-sembang dengan yana jap lepas tu aku balik..pada perbicaraan kami berdua..aku tanya yana bajet pertunagan dia semua..RM 1300 je..pandai dia bajet..yela masak sendiri,pelamin buat sendiri.makeup pon rm 150..biasanya 200-250 untuk makeup tunag je..kira okla.dia pandai manage..betol la kita buat yang termampu je..mula la kawan-kawan aku tanya aku bila lag???hmm soalan yg susah nak jawab..belajar pun tak habis-habis lagi....incik mior la....korang tanya dia..jgn tanya saya ok..=_='




Haaa..gambar sipi-sipi pon boleh...sibuk je nak uplod..saja jek..ni otw nak balik serdang..muka dah kenyang happy la tokkk...okla..sekurang-kurangnya aku sampai juga majlis pertunagan yana walaupun lambat...baju pon main rembat je ambil baju pergi office..finally yana akhirnya menjadi tunagan orang..saya bila lagi??hahaha tunggu~~~




Thank For Reading This Entry

.......................................................................

Thursday, May 17, 2012

Oh kasut idaman

Assalamualaikum...furh..lama btol aku tak mengupdate blog..cecite sikit nak sembang pasal ape ye..ha aku nak meyembang sikit pasal kasut-kasut idaman ku..yela..aku baru beli kasut hari 2...dgn my incik mior..tp suprise sikit..tak boleh tunjuk lagi..ahahha...

Kasut yg aku hampir-hampir nak beli




Ni contoh-contoh diantara kasut yg aku ada dan takde..hahaha..tapi org kata bahaya pakai kasut terlampau tinggi ni..merosakkan tulang kaki kita..sekali-sekala ok la...kalau kasut tumit halus ni aku boleh je pakai tapi..kurang sikit la sebab dia menyakitkan tulang kaki..aku lebih prefer kepada kasut tinggi wedges...sbb dia flat..mudah sedikit berbanding yg muncung tajam.


Gambar kasut ni macam yang ala-ala aku beli dekat mines minggu lepas..tinggi ka??haha..almaklumlah..aku kan rendah..huhuh...so nak berjalan ngn my incik mior biar nampak nak dekat sama tinggi sikit..ngeeee

postuer kaki apabila pkai kasut tumit tinggi..baca la...kalau nampak..hak2

Kasut wedges pink ni aku sangat minat..yg ni aku ada tapi warna kelabu..tapi dah buruk..sekarang kurang la nak pakai kasut warna yg light sebab kulit kaki aku dah gelap dan berbelang diseababkan kena cahaya matahari. Mana taknya..dari belajar diploma sampai sekarang praktikal naik moto,kuar selalu naik moto..dah tu je kenderaan yg ada kn...belum mampu nak beli kereta..disebabkan itulah kulit aku free-free je kena cahaya matahari.=_=' tambah-tambah lagi ambil kos pertanian yg selalu je buat amali kat ladang and tengah panas... takpelah..takde masalah...=)

Suatu hari nanti dah ada duit banyak nak beli kereta..hak2 lepas tu  nak bli rak kasut yg tinggi macam alamari baju.nak letak koleksi kasut-kasut aku..hehe..aku gila kasut,baju,shopping,aksosseri dan macam-macam lagi yg boleh menghias diri kita nampak cantik...daaa

Friday, April 20, 2012

Cukup-cukup Sudah

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

Friday, April 13, 2012

Perasaan...

Ok fine...Sekarang aku dah takde perasaan apa-apa dan susah aku nak melupakan perkara tersebut..banyak kemusykilan yang tersembunyi dan tertanya-tanya yang bermain difikiranku. Mungkin Kesalahan aku sebelum ni banyak tetapi tidak aku sangka dia akan melakukan perbuatan tersebut..kadang-kadang aku cuba memujuk diri ini supaya menerima keadaan ini.tetapi pintu hati aku tertutup buat masa sekarang.

Aku tidak dapat menerima keadaan ini..aku harus bersabar walaupun hati aku ini sedih..aku sembunyikan perasaan sedihku dengan berpura-pura menunjukkan kebahagiaan..Hatiku bertambah sakit apabila tingkah lakunya begitu lambat sekali untuk menyakinkan aku.Banyak alasan dan permainan yg aku lihat disekelilingnya.



Aku cuba untuk membuka perasaanku ini.Buat masa sekarang aku harus berfikir dan terus berfikir untuk untuk kehidupan ini...aku tidak berniat untuk mencari kesalannya tetapi jika keadaan itu membuat aku bertanya-tanya salahkah aku ingin menemukan jawapannya??? Jadi aku tidak mengambil sebarang keputusan untuk waktu ini..cuma perasaanku,hatiku,mindaku dan fikirannku yang akan memberi jawapan setiap yang berlaku dimasa akan datang.Dengan bantuan  allah s.w.t aku berdoa supaya lembutkan hatiku dan jauhi aku daripada perkara yg tidak elok..

Jika hatiku ini bukan untuknya kau jauhkanlah aku supaya aku tenang dengan kehidupan baruku yg akan datang...Berikan kekuatan pada ku....berikan aku kesempurnaan dalam hidup ini....moga dipermudahkan segala urusan ku...itu je yang mampu aku buat selain solat 5 waktu pada mu....amin...

Thursday, April 12, 2012

Cherating dan Terengganu

Hola...hari ni aku nak mengupdate sedikit perjalanan aku di Cherating dan alang-alang ke Terrengganu..masa tu aku pergi bertiga dengan incik mior dan fahmi..kami begerak dari upm dalam jam 6.00ptg..lepas tu sampai di sg.besi kami singgah makan jap dekat kedai mee tarik..mee dia sangatlah panjang..harga pon ok..tengok menu yg kita pilih la..macam aku mee goreng RM7.00. Lepas habis je makan perjalanan kami pon diteruskan...baca doa dlu sebelum berjalan...=)

Semuanya berjalan dengan lancar..kami sewa kereta Myvi pg ke pahang ni.1 hari RM 100.Keadaan kereta semua baik..tayar semua..tapi perjalanan kami ke Cherating mengambil masa dalam 5jam sebab keadaan cuaca yang tak baik.Hujan pon sangat lebat..Aku duk belakang pon cam risau...tapi duk balakang sorg sedap la tido...

Kami sampai dalam jam 11 lebih..Aku tak capture pon gambar untuk perjalanan kami semua..sebab dah penat sangat.Kemudian kami pon sampai malam tu menginap di rumah family kawan fahmi..dato yaya...(nama panggilan)..dekat je dgn pantai kat cherating tu.Pagi-pagi tu aku dah bangun pg tengok pantai cherating..main air jap...aku kurang la air laut ni..seram...takut lemas dh la tak reti berenang..lepas tu takut kena gigit binatang dalam air..huhu..kalau taman tema macam sunway,waterpark suka la..hahah..




Pantai Cherating

Dalam jam 9.30 juga la aku pergi ke pantai ni..masa tu air tengah surut lagi..balik je dari pantai kami siap-siap pergi kemaman Terengganu..semata-mata nak pergi makan satar dan otak-otak...memang sedap satar kat sana.dekat warung Pak Aziz. Kami makan dalam RM45 satar,otak-otak sekali ngn air..2je..bayangkan berapa puluh satar..yg paling kuat makan my incik mior dan Fahmi..tengok tuan la...hahaha..satar 10biji RM5..satu biji 50sen la kira..

Satar yg dah habis




Aku main sarung je inner pink tudung hitam baju hijau..tak bawa tudung lebih..takpelah..masuk je kn..lalala..tapi aku makan laksam kat warung tu tak berapa sedap sangat la..dia pnya laksam keras.kuah dh sedap..tak habis..membazir je..habis je makan kami ke kedai keropok dan Teluk Cempedak..beli sikit untuk bawa balik kat rumah. Perjalanan kat TC dalam setengah jam pon ada maybe lebih..sampai je kat TC tu sangat cantik tempatnya..air laut pon hijau.pemandangan pon cantik..berbanding cherating.Angin bersepoi-sepoi..cewah...siap ada skrin besar macam kata pavillion@dataran lagi...ape lagi aku pon tak habis-habis bergambar.tengoklah..tengoklah...haha

Banyaknya keropok..





Ikan Buntal ni Ori tau...yg telah diawet




kami dalam kereta..Perjalanan ke TC..layan jela budak kat belakang tu..sengal..huhu..



Panasnya...berkenyit-kenyit mata aku


Fahmi and dato yaya











Haaaa inilah pengembaraan kami..kononnya percutian bajet..tapi duit aku habis dalam beratus gak...'=) ..Ape-apepon perjalanan kami sangat best..dan akhirnya aku dapat jugak pg cherating..hoho walaupun ada beberapa perkara yg menyakitkan hati aku...secret!!!...lol...bubeyyy