create your own banner at !

Cintamu & Cintaku

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

Date with Tasya!!

Selamat Pagi....HOHO...pg dh kan??? takpelah..yg penting aku nak update blog nih..sebab semalam kitaorg date dengan tasya..hu3..date ke??? saje je jalan-jalan..lama dah tak jumpa dan keluar dengan tasya.al maklumlah..dia pun busy..sibuk nak kawin..22hb jan ni kenduri kawin tasya kt johor...tak sangka diantara kami berlima dia yg kawin dulu..aku bila lagi???mak aku nak support ni sape anak dia 1st kawin dlu..huk2


muka aku yg dh bersedia utk keluar tp kena tgu cik tipah & cik maira pulop

Ok2..sekarang sambung balik pasal pg jalan semalam...kebetulan aku duk bilik je..tasya ajak kami keluar..so jom lah..pg mines je pon...tapi best la..mula-mula sampai dah pg makan dulu..makan subway..ok subway~~~layan je..sebab aku pon suka..semalam hari  rabu kami bli subway ikut hari punya...meatball~~

Inilah subway kami~~
Aku cam agak bengang sedikit dengan layanan akak subway ni..cam nak sepak2 on ada muka dia..asal dia kelam kabut sangat...sume benda dia buat laju dan bajet..kalau laju dan bagus takpe la...ni ntah pape..dia kan ltk sayur tu sedikit..pastu bila kitaorg gtau nak sayur ape lepas tu dia wt laju dan ltk salah..pandai pulak dia cover tu..sos pon dia ltk sikit..kering aku pny subway tu..tak macam abg tu ltk dkt tipah dan macam aku beli sebelum ni...eeeeeeeee geram..pastu aku jeling kat akak tu..geram aku sampai maira cakap kt akak tu "akak kenapa laju sangat ni??sabar la" padan muka!!!

Tak payah nak kalut sgt la...lepas kami semua dh duduk kt meja..aku sorg je belum makan lagi..sbb sos aku takde..kering..aku pg mtk kat abang tu..aku dh tak rasa malu pon...sbb aku geram ngn kakak tu..dia pandang je...lelaki tu ok je..aku ckp terima kasih kat dia sbb dia ok..lg OK dari kakak tu...aku customer...sukahati la...tp tgk keadaan la...kalau aku salah takkan la aku nak marah dia pulak..tapi takpelah..sebab dah lapar sangat aku layan jelah...makan lg penting dari bergaduh dengan akak tu..hehe






3 dara..tp sorg nak kawin daaa



Lepas habis makan kitaorg pon jalan-jalan lagi usha samsung tab...hmm teringin lak aku nak beli..tapi takpelah sem ni takde rezeki..sem dpn ya insyallah....kemudian kami jalan lagi..cari lampu tasya..dll..paling last sekali pg beli selipar Body glove..konon-konon nak cari sama jenis..tp bila part tipah je takdok saiz...hancus...takpelah..last-last aku dan maira yg beli sama...si tasya beli juga sama pattern dgn kami tp dia pny kaler oren..meriah kan...huhu..ok la keluar semalam dapt gak sembang-sembang dengan tasya sebelum dia bergelar isteri org..huk2...daaaaa




Thank you for reading this entry !



-------------------------------------------------

Tuesday, December 27, 2011

Family Day



meja bahagian depan
sate nyum2




4 dara pinggitan


Meja belakang

Peace!!!


Hai-hai..hai....tengok gambar tu macam seronok kan..yela bukan selalu kami dapat berkumpul ramai-ramai nih. Semalam aku dan my familia sebelah mak aku wt family day..ni bukan family day macam main sukan atau ape tapi wt jamuan makan-makan untuk keluarga. kebetulan pulak makcik aku dari kampung pon datang jugak..kak na...

So..kami semua decide la nak wt makan-makan ni semalam..Sebelum tu kalau ikutkan nak buat hari ahad, tapi tak berkesempatan. Aku bajet macam tak jadi dah.tiba-tiba makcik aku kt Shah Alam kol dh kata on the way pg rumah aku..so kitaorg semua kol adik beradik yg ada dalam kawasa Selangor ni supaya semua dapat join event ni.

Ayah aku dah booking siap-siap dah sate u.k kt Bangi seksyen 7..ramai gak dalam 40 orang.Belum tambah yg dekat kampung dan yg tak dapat dtg lg tu..Tapi aku tak berkenan sangat la dengan Kedai ni sebab dia tak konsisten..kami dh gtau nak datang 36 org..tapi ada lah terlebih 2org makcik aku ciknor dengan akim..ala yg tu boleh adjustkan..sambung balik..kan kita dh bagitau nak dtg berapa org tapi tempat duduk tak cukup-cukup jgk.Pastu kitaorg sendiri yg tarik-tarik meja dan ambil kerusi.. sampai dua line meja kami..mana cukup.pekerja dia tu wt tak tau je...mgkin diorg agak blurr sekejap sbb kami pon sangat ramai dan bising..=)

Ok la...yg tu satu perkara, lepas tu sate sampai lambat..2pinggan sampaii..lepas tu sepinggan-sepingan..hurm..lambat kitaorg tunggu..kitaorg dh book dan order dari ptg tadi kot..kami order dalm 300 cucuk itupon takcukup lagi dan tambah lagi 100..takcukup sate lagi kami order sup urat ketin,daging, perut dll...tp sup la.sate tu mmg banyak kan order, bila dh sampai lambat dan sikit-sikit jadi berebut la tambah-tambah lg budak-budak..aku ni ok lagi sebab dh makan nasi kat umah ptg td..yg diorg belum makan tu macam mana.Ada lg 1..air???kami order air 5 jug...fresh oren..sate abis pon air tak sampai-sampi..yg dia hantar gelas kosong je...ngeng..sampai ayah aku pg tanya baru la dia nak wt air..punya la lama kitaorg tunggu..pekerja tu dia pg buat air yg dalam gelas dulu..bygknlah lama kitaorg tunggu air sampai sate habis!!! bila dapat air berebut...tu pon dapat 2 jug je..lagi 3jug mana..memang aku tak suka la diorg lyn customer cmni..slow!!!!

Tapi sup urat keting dia sedap la..nasib baik seap dan tak lambat..tapi yg bestnya suasana family kitaorg ni meriah la..bising tu memang la bising sbb ada budak-budak...macam-macam la..tapi aku tak malu sebab ramai-ramai kan...bising pon kami-kami jela..tak kacau org pon..bila lagi nak berkumpul macam ni...kalu di ingat balik macam-macam gelagat bila nak tunggu air,dapat sate..dengan sup lagi..ayah aku dgn ayah cik lg la ke hulur-hilir tgk kami semua makan...dia memastikan program berjalan lancar..huuhu dan memastikan semua makanan cukup...lagipun ayah dah pesan org belanja jgn nak mintak lebih-lebih..ikut yg dia belanja dan dia mtk ape..so kita makan jela ape yg dia belanja..kalau sate,sate jela kan..if dia kata sup,sup la..jangan nak melebih-lebih dan mengambil kesempatan keatas kebaikan org lain...ni bila org dah belanja sate pandai-pandai je nak tambah nasi la...tu la...lu pikir la sendiri...so aku pon makan jela ape yg terhidang dekat meja..ape pon kami semua ENJOY!!!






Thank you for reading this entry !



-------------------------------------------------


Thursday, December 22, 2011

Khasiat Budu

BUDU merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur khsusnya masyarakat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih ummmp lagi campur dengan tempoyak durian. Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan…

Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu. Di Sarawak sekarang ni pun dah ada budu.

Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.

“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.








budu1



“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu. Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.
Kemudian menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :
  • Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut.


Tiba-tiba pulak aku nak post pasal budu ni..ape kes??hahah dah habis baca belum dia punya kelebihan....? sapa-sapa yang belum makan try la..memang ada setengah orang macam memperlekehkan budu ni..tapi bagi aku sedap la..sebab aku asal sana kot??tapi tak juga kawan-kawan aku yg dari berbeza negeri pon kata sedap tambah-tambah lagi kawan aku dari sarawak..dia buat budu tu macam kuah..kalau tak kuah pon macam air....dia boleh beli ulam byk-banyak dia makan sampai abis..gila tak??mengalahkan org kelantan.


Aku terkejut jgak tengok khasiat budu ni...macam banyak pulak kahsiat dia...ermm...percaya atau tidak mungkin setengah daripadanya boleh dipercayai..haha...cubalah..jangan nak geli sangat...sedap......ahaha





Thank you for reading this entry !



-------------------------------------------------

Tuesday, December 20, 2011

Kata-kata yang tak ditepati

Morning semua....hari ni aku lambat ckit bangun..tapi aku rasa hari-hari kot bangun lambat..huhu..pagi-pagi lagi dah tercetus ideaku untuk menconteng sedikit celoteh mengenai orang yg bercakap tak serupa bikin...sebab ape ek tibe-tibe je aku nk becerita pasal entry ni sebab aku memang benci orang cakap bohong ni...tambah-tambah lg kalau org yg terdekat.aku hangin..aku meyamapah...dengan orang macam ni..kalau nak bercakap lagi la..aku tak mau sebab menyakitkan hati...lainkali bila wt satu perjanjian tak payah nak lebih-lebih dan berjanji..bila tak nak cakap saja TAK NAK!!! takpayah nak bagi seribu alasan yg bukan-bukan dan mengarut yang ntah ape-ape benda yg nak menipu..aku benci tau tak???menyusahkan orang je....pastu tak de rasa bersalah pon..Apakah jenis manusia macam tu???penampar nak? Benda ni dari pandangan aku dengan orang-orang yg disekelilingku...kita kena menilai diri kita...aku pon bukannya baik sangat..tapi seelok-eloknya kalu kita berjanji cubalah jangan memungkiri...kalau betul-betul mempunyai masalah ataupun emergency boleh diterima lagi.TAPI sebaliknya..adakah patut...




Kan bagus kan kalau kita nampak orang tu bila dia tak mengaku kesalahan dia...biar jadi hidung macam pinocchio...Bukanlah nak kata aku ni baik, tipu la kalau aku tak pernah berbohong,tapi aku tak pernah berbohong macam ni..untuk selamatkn diri pernah la kot..tapi tgk pada keadaan...=)

Ayah aku lagi pantang kalau org menipu dia..tak bagi duduk dalam umah..tkutttt.......aku pantang gak...tp aku jadi benci la dengan org yg menipu tu...untuk kepentingan dia boleh la...tp menyusahkan org....eeeee...serius...benda-benda mcm ni aku akan ingt sampai bila-bila...walaupun kadang-kadang akan terlupa..bukan berdendam ye tapi selepas ini akan lebih berhati-hati dan aku nak wt tak tahu je dengan jenis orang macam ni..

 
 
 
Thank you for reading this entry !



-------------------------------------------------



Tips Kempiskan Perut

Selamat malam....hai.....bercerita pasal perut buncit aku ada nak kongsi tips untuk mengurangkan perut buncit..heheh aku ni tak de lah perfect sangat . Wanita tidak akan lari daripada masalah perut buncit...kan? tak yah nak tipu...tak buncit banyak sikit pon mesti ada...so kat sini ada beberapa tips..dia ada banyak cara...nak kempiskan perut ni....jom try!!





 

Cara Tradisional :


1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.
-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

2.Teh dan limau kasturi.
-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.

3.Lansing dengan daun cekur.
-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

4.Asam jawa.
-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.

5.Biji manjakani.
-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.


Cara Moden sikit:

Makan perlahan-lahan 
Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.

Kurangkan Pengambilan Garam
Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang t ida k terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil t ida k dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan

Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awas Ubat-Ubatan
Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan seperti aerobik.





Blog Widget by LinkWithin
Biasanya cara moden ni kita lakukan secara manual tanpa menggunakan suppliment@ubat kurus contoh macam pil,kapsul,fibre dll.bagi aku la kalau kita nak kurus biarlah dengan cara sihat tanpa menggunakan sebarang produk kurus seperti yang dikatakan tadi..mungkin kesan ubat kurus ni dia akan menurunkan berat badan, tetapi kesan yang akan datang kita tidak akan tahu contohnya kesan kepada buah pinggang,kesan kepada sistem dalam badan kita, atau mungkin juga effect kepada anak..semua itu kita tidak boleh jangka..jadi lebih baik berhati-hati terhadap produk@ubat kurus..


Try you olss ikut petua saya ni :)  ~~


  • Breakfast : Bijiran ( nestle fitness,kellogg's special K)+ susu rendah lemak ( boleh guna susu HL)+ buah-buahan (1biji pon cukup)

  • Lunch : Nikmati makanan anda semua seperti biasa TETAPI cuba imbangi dengan makanan lemak rendah dan sayur-sayuran...kalau boleh tengahari ambil nasi dengan kuantiti sedikit..sebab nasi mempunyai karbohidrat yang tinggi. korang boleh ambil ikan ataupun daging dan sayur.

  • Dinner : Bijirin +susu rendah lemak + buah (sama seperti menu breakfast)

  • Jikalau masih terasa lapar juga  makanlah 3-5 hidangan sayur-sayuran dan buah selain perlu makan sarapan dan makan malam.

Benda ni kalau korang buat betul-betul boleh nampak perbezaannya dalam 2minggu.aku pernah cuba petua ni..tapi berat badan aku turun sekilo je dari 45kg turun jadi 44..yang tu baru tak sampai seminggu aku try..aku takdela obses sangat nak kurus cuma nak cari berat badan yg ideal..sepatutnya aku punya berat badan jadi 44kg baru ok...dengan ketinggian dan BMI aku semua..tapi setakat ni ok la BMI,tinggi,berat semuanya normal..alhamdullilah...


Korang kena selalu wt sit up juga untuk kurangkan perut buncit..part ni aku malas sekali nak wt..makan boleh control g...aku ni takdelah rajin nak diet..ada masa-masa je..time makan banyak takde nak ingat semua ni.mak aku salu pesan anak dara tak elok perut buncit..nanti nak kawin malu jer...hurm..tp aku ni tahu-tahu jela buat dunno je...




Mesti ramai wanita yang nak memiliki perut kempis macam ni kan??termasuklah aku.heheh...Petua-petua diatas tak semua menjadi(kdg-kdg)..tapi ini adalah petua, jadi kita boleh mencuba..apa-apa pun disiplin tu amat penting..kalau  kita cuba petua ni tapi masih makan tak ingat-ingat dan tak disiplin sama je...kepada yang nak mencuba try la.tak rugi pon..tapi kalu yang dah kurus sangat tu jangan duk gatai nak try..nanti tinggal rangka pulak..haha..kurus sangat tak cantik~~yang penting dapatkan berat badan yg ideal dan untuk kesihatan badan kita juga...=)





Thank you for reading this entry !



-------------------------------------------------

Saturday, December 17, 2011

20 tanda lelaki Jatuh cinta

 Hai.....hari ni topik entry aku pasal tanda lelaki jatuh cinta...bila searching internet ni tertarik pulak dengan artikel ni....jom kita kongsi~~~ bila cakap pasal lelaki jatuh cinta ni syok jugak kn...yela susah tau nak cari lelaki yg betul-betul sayangkan kita dan berubah sebab kita...cuba korang baca dulu 20 tanda lelaki jatuh cinta~~~zaaazss


 
1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara untuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan.

 




Ok! dah abis baca kan..so bila kaum perempuan yg dah jumpa lelaki macam ni cubalah beri peluang..jangan nak jual mahal dan memilih sangat...tak mudah untuk mencari lelaki yang baik pada zaman sekarang..kalu ada pon tak banyak 30%-40% maybe dari 100% lelaki...dan bagi yang sudah mempunyai kekasih seperti ini cubalah untuk menghargai dan menjadi insan yg terbaik untuk si dia~~~


p/s: Aku ni pandai je bercakap kn...diri sendiri tak tau lg..huhu..nasihat ini utk saya juga. =) ..dan saya akan menjadi yg terbaik utk incik mior saya..huk2




Thank you for reading this entry !



-------------------------------------------------

Friday, December 16, 2011

Terengganu vs Simedarby



Keadaan stadium UPM yg tak berapa nak ramai lg penonton


Hari rabu jam 4.30 petang aku dan incik mior pg stadium tgk perlawanan bola antara Terengganu vs Sandarby...masa tu aku memang bosan gile dan tengah main game je...incik mior kol suruh siap cepat-cepat..dia kata nanti takot stadium penuh takde tempat duduk sebab hujan gerimis time tu...aku pulak excited dan cepat-cepat. Sampai je kat sana aku pon duduk la seat belakang sekali...wahaha..nasib baik bawa cermin mata kalau tak memang rugi je aku tgk bola tak nampak orang...lagi satu masa aku tengok bola ni keadaan cuaca ni tak berapa elok..langit dah mendung..nak tunggu hujan turun je..nasib baik tak lebat..gerimis je..tak delah teruk sangat pemain nak berlari dan main...




Masa ni gambar pemain tengah rehat..separuh masa pertama...ganas jugak diorg main..tapi terengganu main tak macam liga sebab ni perlawanan persahabatan sahaja..lagi satu aku tak suka bila tengok bola kt stadium ada byk suara sumbang..aku tak kisah la tapi ada satu mamat ni dia staf UPM...bajet je...bising cakap nak pom!! tp dia dah ada anak bini dah...dia bawa sume anak-anak dia tgk bola dengan bini dia sekali.Yang aku tak suka part dia ape tau...dia marah-marah lepas tu cakap bukan-bukan kt pemain terengganu..lepas tu ada kelab penyokong terengganu dia ada pasang bendera terengganu tapi masa tu dia tak kibarkan. tahu tak mamat tu bising-bising dia cakap

Mamat poyo : kibar la bendera tu..senyap je 
Kelab Penyokong :"bising la" 
Mamat poyo: dah tengok bola mesti kena bising (hahaha ayat bengang)

Dia macam menjawab jugak la mamat tu sebab dia bengang....aku kan dalam hati aku ckp padan muka!! penyokong lain pon bising jugak tp dia ni overdose!!!! tau tak...nak je aku cakap kt mamat tu abg pergi la turun dan main sendiri kat padang..haaaaaa geram tau tak...kadang-kadang bila dia cakap tu semua pandang dia..sebab kecoh...dia kecoh sgt-sangat tahap gaban..menyampah...perlawanan persahabatan je pon..lek-lek sudah...kalau ikutkan banyak lg ayat dan benda lain dia bising tp aku tak berapa nak ingat la..




Dah abis da perlawanan bola ni....best jugak la walaupun persahabatan...aku tengok banyak pemain import negro~~tak banyak gambar aku amek..banyak pic pemain terengganu..je aku amek..huhu..yela pemain simedarby aku tak kenal.





 
my incik mior dgn pemain terengganu Ashaari


Nasib baik ada sekeping gambar incik mior dgn pemain terengganu Ashaari yg ok....time nak ambil gambar aku je bateri kamera dh low..hampeh (-_-)** haaaa habis sudah celotehku ini...nanti ada free-free lagi kita sembang-sembang lagi ye....aku takde idea nak tulis ape..sebab sepatutnya dah lama aku nak post pasal cerita aku pg tgk bola tapi takde free time..lepas tu internet slow..byk kali uplod gambar pon asyik tak dapat je...daaaa




Thank you for reading this entry !




 -------------------------------------------------




Tuesday, December 6, 2011

Review : Ombak Rindu



Haaa....tengok muka depan je dah tau kan aku nak bercerita pasal ape....hahah..nak sembang-sembang la cikit pasal review filem Ombak Rindu yang aku tengok semalam kat Alamanda. Aku tak bajet pon nak tengok wayang semalam...sebab aku baru je nak tido dan sambil tu main msg dgn my incik mior...konon-konon cuba la ajak dia kot-kot dia nak kan...msg-msg dia pon kata nak tengok wayang..aku pon ape lagi...bangun cepat-cepat dan terus siap..masa tu aku tak tido lagi..baru je nak tido dan berselimut..aku pakai tshirt MU je kot..tak sempat nak jangok..hik2

Sampai je kata panggung wayang Alamanda perghhhhhh...ramai gila orang....aku pon tak tahu..macam perhimpunan ape ntah.. aku pon beratur la...memang kami dah agak ombak rindu mesti full pny..tapi dh sampai kaunter aku cuba nak tengok gak jam 3.45 filem Ombak Rindu..masa tu jam dh 4.00ptg..kami pon gasak jela sebab nak tengok sangat..dapat seat depan sekali..sakit tak berapa nak sakit sangat la leher aku..paham-paham jela duk seat depan cane.

Mail....kawan izzah

aksi ranjang yg tak berapa nak ranjang..hehe


Sekarang bercerita pasal sinopsis dan pandangan aku mengenai filem Ombak Rindu nih..bagi aku la cerita dia biase-biase je...tu dari pandangan aku..aku tak tahu la kenapa perasaan aku nih..orang lain sume kata best sampai menangis-nangis...aku ni takde feeling kot..??tapi ok la takde la teruk sangat...lagi satu aku tak pernah pon baca novel Ombak Rindu nih...ada juga part yang sedih yg buat aku menangis...tp masa tu sebab aku pakse diri aku menghayati dan menangis..hahahah..sengal la aku nih...part sedih tu time izzah kejar hariz...sampai dia masuk hospital. tu jela kot...

Yang lain tu biase jela...cerita melayu...my incik mior kata kat aku takde perasaan bila aku cakap filem ni biase je...wow..this man have the hidden heart....betul ke tak ayat aku nih...hahaha..jiwang gak ek my incik mior ni...kui2..

Bila aku tengok balik filem nih..macam aku pernah tgk la situasi dan keadaan yg sama berlaku antara izzah,hariz dan mila..tapi filem ape ek???hurmmmm..nanti aku nak ingat balik..


  


Gambar ni kan salah satu babak izzah dengan hariz....masa ni hariz beritahu izzah yang dia kena berkhawin dgn mila...si izzah ni pon merelakan jela..Tapi aku tak minat sangat la cara izzah bertudung macam kampung sangat..ada part dia bertudung ada yg cantik juga..maybe sebab watak dia orang kampung kot..Lisa surihani best la lakonan dia..dah macam mat salleh...panas baran tak ingat-ingat..Aaron Aziz memang best..dia ni sesuai laokonkan watak yg jiwang karat nih...memang romantik giler...sama la dalam cerita Nora Elena...

Sesiapa yang belum tengok lagi filem ni...jemput-jemputlah tgk di pawagam berdekatan..huhu..better korang beli trus tiket siap-siap..tak payah beratur panjang dan duduk seat depan macam aku nih...huk2..ok la...daaaa




Thank you for reading this entry !




 -------------------------------------------------