create your own banner at !

Cintamu & Cintaku

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 17, 2011

20 tanda lelaki Jatuh cinta

 Hai.....hari ni topik entry aku pasal tanda lelaki jatuh cinta...bila searching internet ni tertarik pulak dengan artikel ni....jom kita kongsi~~~ bila cakap pasal lelaki jatuh cinta ni syok jugak kn...yela susah tau nak cari lelaki yg betul-betul sayangkan kita dan berubah sebab kita...cuba korang baca dulu 20 tanda lelaki jatuh cinta~~~zaaazss


 
1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara untuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan.

 




Ok! dah abis baca kan..so bila kaum perempuan yg dah jumpa lelaki macam ni cubalah beri peluang..jangan nak jual mahal dan memilih sangat...tak mudah untuk mencari lelaki yang baik pada zaman sekarang..kalu ada pon tak banyak 30%-40% maybe dari 100% lelaki...dan bagi yang sudah mempunyai kekasih seperti ini cubalah untuk menghargai dan menjadi insan yg terbaik untuk si dia~~~


p/s: Aku ni pandai je bercakap kn...diri sendiri tak tau lg..huhu..nasihat ini utk saya juga. =) ..dan saya akan menjadi yg terbaik utk incik mior saya..huk2




Thank you for reading this entry !



-------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Jom cakap-cakap sikit box cik Izzaty ~~(^_^)