create your own banner at !

Cintamu & Cintaku

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 25, 2011

mY new Job

u olssss..nak tahu x aku keje pe cuti ni..aku keje kt shell pam minyak..new job aku dan 1st time keje kt pam minyak di apit oleh mat2 bangla..hu2..so far setakat ni ok la..cuma penat ckit je..sbb berdiri..aku jadi cashier kt shell 2..org kata jd cashier senang dan xpenat..tp tgk tmpt gak..aku keje kt pam minyak ni pnt la..customer xputus2..bru nk ddk xsampai 2 minit customer dtg..xhilang lg penat..mmg aku je jg cashier..kdg2 tension gk mat2 bangla 2 cm mengular je...pnt kot aku berdiri 8jam..klu rehat pon sekali je aku..2 pon mkn cpt2 pas2 g jg cashier blik..lmbt ckit kena pgil...urghh..wt ms sekarang aku tahan g la keje kt c2 sbb nak duittttt....pny pasal..al-maklumlah raya thun ni awal bln 9...cri duit lebey ckit..aku dpt 2 pgilan dari library ajak keje,,xdapatlah...g pon lib nak fulltime..skrg keje kt shell ada 2 shif..7-3,2.30-10.30..ok la..ada la masa tuk blaja kete dan wt projek..lari2 ckit..3 in 1..pnt kdg2 aku tahan jew..ok la pengalaman..tp ada 1 benda aku xsuka bila jd cashier iaitu "short" tau x short ape..bkn pendek tau..tp duit xcukup n hilang bila dah end shift..kt c2 la kita tau bpe short..ada 1st day 1 aku short 21.90 je..hari ke 2 dah 3rat lebey...dan seterusnya kurang la ckit jd rm100++, 90++.pas2 naik blik..trn naik la..kdg2 over..aku pon xpaham..aku rasa computer dia xbetul lah..lg 1 ragam customer..macam2 dan pelik..ada yg over,bodoh sombong,baik pon ada..blur pon ada..mcm2...tp 2 sume pengalaman..sbb aku kena layn diorg elok2 wlpn diorg salah..papepon layan la utk 4 bulan ni..hahaha (*_*)



Thank you for reading this entry !


 -------------------------------------------------

Tuesday, May 24, 2011

Akasia "Nora Elena"

Cite ni mmg best..hari2 aku layan...cite ni diadaptasikan dri buku novel..dan dibuat drama...best..tambah2 g pelakon dia mantap....setakat ni aku tgk mmg best la...tak sabar nk tgu episod seterusnya..cuba dengar lagu "Berubah" ni..mmg best..slow tp best..ni ada sinopsis ckit..baca la..hoho

Sinopsis Nora Elena :

Watak wanita 'sopan tapi seksi' seperti 'Elena' pastinya menarik minat pembaca2 remaja tambah2 lagi bila dipasangkan dgn Seth yg berketurunan baba-nyonya yg hensem. Watak Elena ni mengingatkan saya kepada perwatakan Atikah (Atikah by Hasreeyati Ramli). Kelainan yg terselit Seth ni sudah lama sukakan Elena dan kerana dorongan nafsu, elena menjadi mangsa nafsu serakahnya ketika gadis itu berusia 15 tahun. Elena menghilang dan sepuluh tahun kemudian mereka bertemu semula. Elena tak mengenali penyerangnya dan tidak sekali kali menyangka Seth yg dianggap penyelamat maruahnya (apabila tunangnya memutuskan ikatan di saat2 akhir krn mengetahui Elena sudah tidak suci) rupa-rupanya lelaki yang telah meragut kesuciannya. Seth sanggup memeluk Islam dan mengamalkan anutannya sepenuh hati. Saat cinta mereka bersemi dan membuahkan hasil, rahsia terbongkar. ishhhh apa la seth tu.. barang bukti pi simpan buat apa. dah dapat Elena tu pi la bakaq ka, tanam ka barang2 bukti tu, dia pi simpan pulak.. aduih.. Kesabaran Seth sbg saudara baru dlm Islam teruji dgn kerenah Elena yang selalu cari pasal. Seth enggan melepaskan Elena yg mengugut akan meninggalkan Seth dan anaknya yg bakal lahir nanti kerana lelaki itulah yg telah menghancurkan hidupnya. Seth menggunakan tempoh Elena mengandung dan menyusu utk memikat semula isterinya itu.
buku ni penuh dengan scene Nora Elena & Muhamad Seth. Seth ni kejanya menggoda sepanjang masa bila dgn Elena.. macam 'segan' dan tersipu sipu pulak la nak baca sesetengah scene tu.. *blush*..tp ni buku..sekarang dah ada cerita dia..korang tgk tau!!



Novel

Drama Nora Elena



Thank you for reading this entry !


 -------------------------------------------------

DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe???

Confius dengan makanan kt malaysia skrg..macam2 ada dalam bahan makanan zaman sekarang kalau tak babi,bhan kimia la,macam-macam  la. hahh yg terbaru pasal secret recipe...dgr cite ada DNA babi..ui..kalau betulla ada..dh haram tau tak darah + daging dalam badan aku nih..dh byk kali kot..makan kek kt "SR"tu..tp sebelum ni aku tak tahu..pon..pasni xmakan dah....

Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah! kata jer Malaysia ini negara islam?tapi persekitaran? kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk lemak babi ke,DNA babi ke..enzim ke..pape jela yg bkaitan dgn babi nih.. macam benda wajib plak...erghh...

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’

Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

 
8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011

9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011

Monday, May 23, 2011

Belajar Ubati Kekecewaan

Rasa kecewa atau kesal ada pada setiap orang. Bagi remaja, perasaan ini memang sudah sinonim. Masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah antara punca utama. Kebiasaannya apabila sudah terkena ‘penyakit’ kecewa, ramai yang sukar mengikisnya.
Berasa kecewa atau kesal adalah normal, malah anda boleh dikatakan ‘tidak normal’ jika tidak pernah berasa kecewa sepanjang hidup! Bagaimanapun, jangan biar ia menguasai diri hingga mendorong anda bertindak luar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya.
Sebagai remaja, anda perlu mengharunginya dengan matang. Cuba belajar untuk mengubati kekecewaan. Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa depan.
Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa:

Terima kenyataan
Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.
Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.

Berfikir
Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan.
Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri. 

Berfikiran positif
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.
Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

Luahkannya
Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress).
Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit-sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh daripada mereka.

Beri tumpuan pada hidup
Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.



Thank you for reading this entry !


 -------------------------------------------------

Dari Kekasih Untuk Kekasih~~

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..

Ya Allah…
Seandainya telah engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi.

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini.
Ke tepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami.

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandangan hidupku,
Luputkankah dia dari ingatanku,
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan.

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha mengerti,
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah Yang Tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu.
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segalanya yang terbaik buat hambaMu ini.

Ya Allah…..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan akhirat,
Dengarlah rintihan hambaMu yang daif ini,
Jangan Engkau biarkan aku sendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman ,
Agar aku dan dia sama-sama dapat,
membina kesejahteran hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah….

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagian di dunia dan akhirat,
Dan peliharakanlah kami dari azab api neraka,
Amin… Amin… Ya Rabbal Aalmin…



Thank you for reading this entry !


 -------------------------------------------------

Wedding Maya

4 jejaka...idaman..upss tp sorg dh kawin ye

Najib,khairul dan anaknya n Nomi...


Maya & husband nya..


"KAMI"

along tdo laks mata dia??

Lama xupdate blog nih..mklumla  cuti sem..gpon nk pakai broadband kat umah sangat lambat..xley buka langsung blog nih..xbayar kot??hu2..xpela..sekarag ni pon ada kt fakulti utk wt treatment projek tp org yg nk handlenya xde..terpaksa la aku menangguh lagi kerja..esk xdpt dah sbb nk blaja kete..ha yg naka cite nya pasal g wedding maya..hari sabtu lepas kami berenam pg kenduri wedding kawan sekolah kami asmayanee...aku,falah,ajib,amin, dengan nomi sekali dtg dan naik 1 kete...faisal kami jmp kt sg chua je..sbb umah dia dkt ngn maya dh..pas2 smpai2 jmp dgn ika, azrina, hafiz, khairul & wife dia..xsangka la khairul 2 dh jd ayah...anak dia comel la..smpai2 je kami g mkn...dan sembang2 smpai tgu pengantin lelaki datang..pengantin lelaki dia encem la..mcm muka kawan laki aku halim..padanla diorg 2..ok la..pas2 tgk diorg bersanding jap amek gambar dan blik....sbb ramai org..panas plak 2...dh amek gmbr rmai2 pas2 blik...best la tgk kawan2 ni..ramai dh kawin..teringin r nk kawin gk..cm best je jd raja sehari..ui... tak sabarla nak pkai. dress pengantin ....



Thank you for reading this entry !


 -------------------------------------------------

Hepi Besday to mE..."Izzaty Zaki"

Masa ni kt umah sebelum kuar dgn mY fwenn


Baca doa Selamat  lu....(^_^)




Aku & Maira..

20 may 2011...cu..teka cu teka..hahaha...besday aku kot..seronok sangat hari jumaat ari 2 sbb 1st time dpt menyambut ulang tahun kelahiraan ku bersama kawan2...sebelum ni pnh sambut tp ngn family je..yela sbb besday aku salu kena time cuti semester so mmg xpnh sambut dgn diorg pon...dri ms diploma lg..mula2 kol 8 makcik aku balik blikan kek besday secret receipe kt aku..adik aku bersorak2 excited..mcm besday dia laks...yela..ayah aku nk blikan kek ms dpt gaji ni dia soh tgu..al-maklumla..dh hujung bln..slow ckit..duit nk keluar.Lepas celebrate kt umah..diorg dtg amek aku g wt kt umah kakak ham..kt bwh...diorg siap bli pizza g..aku malu..terharu pon ada..thanks ya kawan2...sy syg korg...smpai syuk soh aku berucap pon xterkata...kek maira wt pon sdp.thanks to maira mohamed!!!...skrg nak tgu giliran my incik mior je..sy nk tgk....suprise ape ya!!!huhu


Thank you for reading this entry !


 -------------------------------------------------

Tuesday, May 10, 2011

Bosanya Cuti...

Masuk ni dah seminggu kot aku duk rumah..bosan la..aku nak keje tp xdpt..adik aku dh dpt dh keje kt 7e..bestla...gaji pon masyuk..aku xley nk fokus kt kerja sgt sbb dh run projek.so rumput yg aku tanam 2 kena apply ph hari2..maslahnya sekarag ph aku ni xbuat2 lagi..sulfurnya xnk larut.sekarang ni pon aku tgh tgu Dr.Husni. pa dia ckp dia g mpob td.hurmmm..lambat la projek aku nih..tp pas settle pasl pH dengan lesen kete aku nk cari keje la..nk guna duit la tamabh2 g raya awl tahun nih...baju xtempah g..arggghhh.nak keje...klu xkeje xde duit..aku ada gk dpt keje kt klinik gg..tp gaji dia ckit la..bkn nak kata memilih tp xberbaloi..gaji partime rm400..fulltime rm700...xde beza pon..waktu keje sama..knp perlu cm2..keje sama dgn yg fulltime..aku nih dh la nk pkai duit..pas2...nk wt projek g..bila pk blik byk g benda nk settle..so xpyhla keje..lg wt masa sekarang...(^_^)

Thursday, May 5, 2011

Fast 5..terbaik

Semalam aku kuar p tgk wayang...abis je exam kultur orkid kami p tgk cite fast 5...kami g berenam..kami sume naik van yatim..cam kelakar pon ada...yatim sampai kami dah gelak..maira yg duk dalam van tu xabis2 gelak..yela van yatim 2 macam van yg dulu..macam pekerja indon je ramai2 duk blakang..hu2...tapi kami xkisah pon..bersyukur dgn ape yg ada..cm lawak je...pas2 kami tgk wayang kt mines...alamanda cite fast5 xkuar lg...kt GSC...Rm12 gak sorg kami beli tiket semalam..memang berbaloi tgk movie 2..sampai org kt belakang aku bersorak2 tepuk tangan..macam tgk show plaks...tp aku sendiri pon cm nak tgk lagi cite 2...best sangat.memang terbaik..padanla diorg post2 kt fb movie fast5 ni mmg terbaik..sume la.aku bagi 5 star kot..hahaha...sepatutnya hari ni nak tgk lagi wayang dgn maira,tipah dan ain dengan en wan sekali lect.kami..tapi hari ni sume full..xdpt nk book lgsung..



 lepas habis je kitaorg tgk wayang, kitaorg p lepak kat kedai mamak..sebelum 2 dh makan dh kt foodcourt mine..makan nasi ayam honey..sedap..masam2...kami lepak kt kedai mamak minum2 je..si yatim je mkn sbb dia lapar kot..kebetulan ada pasar kt area 2..so kami bli durian...kami singgah makan kt tasik mkn durian..sedap durian yg kacukan dari pahang 2..isi dia tebal...xpuas...berapa biji ntah..conclusion nya mmg best la keluar semalam.dengan lawak diorg yg bermcam..cite fast 5 yang terbaikk..pergh..kalau yg belum tgk lagi aku sarankan korang g tgk la...mmg best.wlpn aku byr duit wayang rm12 tu mmg berbaloi..

yatim yg lapar

massage jap

kami b3






Durian ni sdp...isi tebal...manis..

Thank you for reading this entry !


 -------------------------------------------------

Pelamin Tunang...

Cantik x pelamin ni????cantik kan..ni pelamin tunang..kalau aku bertunag, aku ingin kan pelamin simple mcam ni..aku suka yang ada flower2 mcm ni..cantik kan...cakap pasal pelamin ni..aisy...xsabar plak nak kawin..tgk kawan2 ramai yg dh berumahtangga...aku lebih sukakan konsep ala english style..banyak flower2...cun sgt..

pelamin ni aku suke gile..sbb flower dia byk sgt...dia simple tp cantik...flower 2 nmpak naikkan lagi seri pelamin 2...klu la blh dapat...

yg ni sgt simple tp nice..pasl pe..sbb dia guna cm sofa kerusi je..tp blakg dia 2 view dia cntik..blh ltk frame..klu kita tunang ltk gambar org yg bertunag lagi cntik..cm nampk ckit..
yg ni pon cantik dgn kombinasi real flower..simple..je pelamin dia.

yg ni cantik gak...sedap gkla mata memandang..sbb dia cm ada tiang kiri kanan


bagi aku ketiga2 gambar pelamin ni sume cantik..tp klu pilihan pertama aku pilih gambar no1..sbb dia pnoh dgn flower...like2..hu...nak tunang pon kena duit yg byk kot zaman sekarang...photographer dh ada dh..kosmate ku..a.j..dia pny team "Langit Crew"..aku xreti nak link la...klu korg berminat blh tgk kt blog diorg.

Thank you for reading this entry !


 -------------------------------------------------


Tuesday, May 3, 2011

Typing error.

Kawan2...kalau u olls tgk saya pny ayat kt blog ni..kadang2 ada ayat yg salah taip tau..mls nk betul dh yg lepas2..sori la sbb kadang2 saya menaip kadang-kadang dalam keadaan mengantuk..kadang2..laju sangat menaip sampai xchek pon.trus publish post..saya sendiri pon bila tgk byk gak typing error..knon2 ada ayat singkatan yg u ollss tak berapa nk phm..slepas ni sy cuba perbaiki setiap patah perkataan yg saya taip..hmmm..maaf~~


Thank you for reading this entry !

 -------------------------------------------------


Saya Jalan@ kt mines lagi...~~

.
Again??







Hahaha...xabis2 cite g mines..berjalan lg kot?biase la abis 1 paper kuar..abis g paper esoknya kuar lg..bosan kot??sj jek kuar time ni..bosan..jalan2 kt mines g kedai buku...bli baju dll...tmasa aku amek pic kt dalam F.O.S ak kna tgo dengan sales gurl kt c2 sbb amek gmbr dalam tu.hmm..malu2...aku xtau pon..alahai amek pic je pon..biarla yg penting kami hepi...xtau nk celoteh ape g..lg 1 aku teringin nak bli baju Superman yg couple T..nk bli utk my incik mior sekali..green@blue yg cntik?mn 1 ek..klu supermen mestilah blue..tp hijau pon cantik..Ada ak terpandang mamat sorg ni pkai tshrit Superman kaler hijau...ui dh la ensem..ui...muka cm mat salleh..huhu..smart gile tambah2 g dgn bju Superman tu..jgn marah ye my incik mior...hari 2 kamia da gk usha2 tshirt tu tny price..pling murah sehelai pon rm80 kot..2 pon dh after less..dia ikut patern gk..ada yg 100++ ...klu keje cuti ni ak nk bli..ho2..bkn salu pon wlpn ada org kata membazir..bg ak kepuasan...so suka hati la...hu2..

Thank you for reading this entry !

-------------------------------------------------


Sunday, May 1, 2011

Cari Ketenangan

Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan
Apa yang terjadi
Itu semua lumrah hidup di dunia
Kadang bergembira
Kadang terseksa

Mengapa masih begini
Sukar untuk dilupakan
Jiwa semakin terganggu
Dan terseksa
Chorus
Haruskah aku
Bermain dengan perasaan yang terluka
Adakah ku masih cinta
Atau pun hanya merindu
Walau ku tahu
Kita sudah tidak bersatu hati lagi
Mungkin ini akibatnya
Cinta pertama buatku
Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan



Kadang-kadang hidup ni byk dugaan...adalah lebih baik hidupku ini bersendirian tanpa memikirkan org disekeliling. Semakin aku mendekati dirinya..semakin hancur hatiku..Tetapi terdetik waktu itu apabila ak mengetahu kebenaran yg betul2 telah membuka mataku..sebelum ini hati dan mataku ku begitu buta..cukup mendapatkan point yg penting sudah ckup bg diri ini memahaminya..Aku tidak begitu terasa ia menyakitkan hatiku..bahkan kebenaran ini membuatkan aku ketawa dan mengajar aku tentang kehidupan yg sebenar.Setelah mengetahui kebenaran ini ak cuba memperbaiki diriku..mungkin kesalahan ak yg ckup besar ini dpt memberi dan menanamkn lg sikap murni dlm hidupku. Aku bersyukur padamu ya allah kerana menunjukkan kebenaran ini..Aku seharusnya menghargai org2 yg terbaik yg berada disekelilingku..mencari ketenagan pada masa ini adalah sgt terbaik utk jiwa ini..memberi ruang pada jiwa dan hati ini utk bernafas seperti dulu..seharusnya ak harus lebih berhati2 terhadap duniawi ini...smoga kebahagiaan yg ak inginkn menjadi milikku...

Thank you for reading this entry !

-------------------------------------------------