create your own banner at !

Cintamu & Cintaku

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 16, 2011

FYP turfgrass....aiyoo

rumput satiri


tapak projek...
knp dengan rumput ni????haa ..klu nak thu ni la projek final year aku a.k.a FYP....msuk ni dh berapa bulan dh berjalan..xsiap2 g...aku baru je apply treatment awl bln 6hujung bln 5???ari 2 la....dkt2la tuh...ni pon ada kt fak...konon2 nk tgk rumput tp xtgk lg sbb sekarang masih di lab wt pH untuk rumput..gunanya ph ni untuk tgk rumput yg mn sesuai dgn ph yg berbeza..sbb sekarang aku de 7treatment 5 replikasi...so dari c2 la kita nk thu..apply treatment yg berbeza iaitu 3.5-4.0,4.0-4.5,4.5-5.0,5.0-5.5,5.5-6.0, 6.0-6.5 & 6.5-7.0..ha..ckup x7 treatment...bnda ni la ku wt hari2duk ulang alik dari umah ke upm pas blik keje...ph aku adjust guna asid sulfurik...pas dh wt bw p TPU...ltk kt rumput..dan tgk lahasilnya..pas2 amek data...cmnila hidup sbg seorang student..okla...mcm2


Thank you for reading this entry !


 -------------------------------------------------

Wedding Budin& Yan

Assalamualaikum....lamanya xupdate blog nih...biasela busy dgn kerja,FYP dll...tp faktor yg penting sbb tak bayar duit broadband...tu yg xupdate...apa2 pon nak ucap tahniah kepada pasanagan pengantin baru hafizuddin dng izyan...mereka dh jd pasangan suami isteri sekarang...aku bila lagi???hahahah....nasib baik aku sempat pg majlis perkhawinan dia wlpn xsempat tgk pengatin..yela..mn xnya nk continue keje kol 2.30..kelam kabut...aku pg dng family aku...sempatla jmp dgn kosmate masa diploma dulu..rugi xdpt join diorg..kalaulah time tu cuti kn best...hmmm..xpela...utk bln ni dan bln dpn sahaja...pasni stop..kita enjoy..sempat amek pic kawin diorg je..ni pon cilok kt fb...tgkla...


comel la diorg...

cuba tgk pengapit 2...senyum semacam...

kepada budin dan yan semoga berkekalan hingga akhir hayat...amin....tgk rmai memberdh kawin...nk jgk...hhuhu



Thank you for reading this entry !


 -------------------------------------------------

Wednesday, May 25, 2011

mY new Job

u olssss..nak tahu x aku keje pe cuti ni..aku keje kt shell pam minyak..new job aku dan 1st time keje kt pam minyak di apit oleh mat2 bangla..hu2..so far setakat ni ok la..cuma penat ckit je..sbb berdiri..aku jadi cashier kt shell 2..org kata jd cashier senang dan xpenat..tp tgk tmpt gak..aku keje kt pam minyak ni pnt la..customer xputus2..bru nk ddk xsampai 2 minit customer dtg..xhilang lg penat..mmg aku je jg cashier..kdg2 tension gk mat2 bangla 2 cm mengular je...pnt kot aku berdiri 8jam..klu rehat pon sekali je aku..2 pon mkn cpt2 pas2 g jg cashier blik..lmbt ckit kena pgil...urghh..wt ms sekarang aku tahan g la keje kt c2 sbb nak duittttt....pny pasal..al-maklumlah raya thun ni awal bln 9...cri duit lebey ckit..aku dpt 2 pgilan dari library ajak keje,,xdapatlah...g pon lib nak fulltime..skrg keje kt shell ada 2 shif..7-3,2.30-10.30..ok la..ada la masa tuk blaja kete dan wt projek..lari2 ckit..3 in 1..pnt kdg2 aku tahan jew..ok la pengalaman..tp ada 1 benda aku xsuka bila jd cashier iaitu "short" tau x short ape..bkn pendek tau..tp duit xcukup n hilang bila dah end shift..kt c2 la kita tau bpe short..ada 1st day 1 aku short 21.90 je..hari ke 2 dah 3rat lebey...dan seterusnya kurang la ckit jd rm100++, 90++.pas2 naik blik..trn naik la..kdg2 over..aku pon xpaham..aku rasa computer dia xbetul lah..lg 1 ragam customer..macam2 dan pelik..ada yg over,bodoh sombong,baik pon ada..blur pon ada..mcm2...tp 2 sume pengalaman..sbb aku kena layn diorg elok2 wlpn diorg salah..papepon layan la utk 4 bulan ni..hahaha (*_*)



Thank you for reading this entry !


 -------------------------------------------------

Tuesday, May 24, 2011

Akasia "Nora Elena"

Cite ni mmg best..hari2 aku layan...cite ni diadaptasikan dri buku novel..dan dibuat drama...best..tambah2 g pelakon dia mantap....setakat ni aku tgk mmg best la...tak sabar nk tgu episod seterusnya..cuba dengar lagu "Berubah" ni..mmg best..slow tp best..ni ada sinopsis ckit..baca la..hoho

Sinopsis Nora Elena :

Watak wanita 'sopan tapi seksi' seperti 'Elena' pastinya menarik minat pembaca2 remaja tambah2 lagi bila dipasangkan dgn Seth yg berketurunan baba-nyonya yg hensem. Watak Elena ni mengingatkan saya kepada perwatakan Atikah (Atikah by Hasreeyati Ramli). Kelainan yg terselit Seth ni sudah lama sukakan Elena dan kerana dorongan nafsu, elena menjadi mangsa nafsu serakahnya ketika gadis itu berusia 15 tahun. Elena menghilang dan sepuluh tahun kemudian mereka bertemu semula. Elena tak mengenali penyerangnya dan tidak sekali kali menyangka Seth yg dianggap penyelamat maruahnya (apabila tunangnya memutuskan ikatan di saat2 akhir krn mengetahui Elena sudah tidak suci) rupa-rupanya lelaki yang telah meragut kesuciannya. Seth sanggup memeluk Islam dan mengamalkan anutannya sepenuh hati. Saat cinta mereka bersemi dan membuahkan hasil, rahsia terbongkar. ishhhh apa la seth tu.. barang bukti pi simpan buat apa. dah dapat Elena tu pi la bakaq ka, tanam ka barang2 bukti tu, dia pi simpan pulak.. aduih.. Kesabaran Seth sbg saudara baru dlm Islam teruji dgn kerenah Elena yang selalu cari pasal. Seth enggan melepaskan Elena yg mengugut akan meninggalkan Seth dan anaknya yg bakal lahir nanti kerana lelaki itulah yg telah menghancurkan hidupnya. Seth menggunakan tempoh Elena mengandung dan menyusu utk memikat semula isterinya itu.
buku ni penuh dengan scene Nora Elena & Muhamad Seth. Seth ni kejanya menggoda sepanjang masa bila dgn Elena.. macam 'segan' dan tersipu sipu pulak la nak baca sesetengah scene tu.. *blush*..tp ni buku..sekarang dah ada cerita dia..korang tgk tau!!



Novel

Drama Nora Elena



Thank you for reading this entry !


 -------------------------------------------------

DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe???

Confius dengan makanan kt malaysia skrg..macam2 ada dalam bahan makanan zaman sekarang kalau tak babi,bhan kimia la,macam-macam  la. hahh yg terbaru pasal secret recipe...dgr cite ada DNA babi..ui..kalau betulla ada..dh haram tau tak darah + daging dalam badan aku nih..dh byk kali kot..makan kek kt "SR"tu..tp sebelum ni aku tak tahu..pon..pasni xmakan dah....

Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah! kata jer Malaysia ini negara islam?tapi persekitaran? kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk lemak babi ke,DNA babi ke..enzim ke..pape jela yg bkaitan dgn babi nih.. macam benda wajib plak...erghh...

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’

Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

 
8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011

9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011

Monday, May 23, 2011

Belajar Ubati Kekecewaan

Rasa kecewa atau kesal ada pada setiap orang. Bagi remaja, perasaan ini memang sudah sinonim. Masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah antara punca utama. Kebiasaannya apabila sudah terkena ‘penyakit’ kecewa, ramai yang sukar mengikisnya.
Berasa kecewa atau kesal adalah normal, malah anda boleh dikatakan ‘tidak normal’ jika tidak pernah berasa kecewa sepanjang hidup! Bagaimanapun, jangan biar ia menguasai diri hingga mendorong anda bertindak luar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya.
Sebagai remaja, anda perlu mengharunginya dengan matang. Cuba belajar untuk mengubati kekecewaan. Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa depan.
Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa:

Terima kenyataan
Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.
Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.

Berfikir
Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan.
Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri. 

Berfikiran positif
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.
Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

Luahkannya
Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress).
Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit-sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh daripada mereka.

Beri tumpuan pada hidup
Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.



Thank you for reading this entry !


 -------------------------------------------------

Dari Kekasih Untuk Kekasih~~

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..

Ya Allah…
Seandainya telah engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi.

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini.
Ke tepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami.

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandangan hidupku,
Luputkankah dia dari ingatanku,
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan.

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha mengerti,
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah Yang Tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu.
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segalanya yang terbaik buat hambaMu ini.

Ya Allah…..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan akhirat,
Dengarlah rintihan hambaMu yang daif ini,
Jangan Engkau biarkan aku sendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman ,
Agar aku dan dia sama-sama dapat,
membina kesejahteran hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah….

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagian di dunia dan akhirat,
Dan peliharakanlah kami dari azab api neraka,
Amin… Amin… Ya Rabbal Aalmin…



Thank you for reading this entry !


 -------------------------------------------------